‘Putera Kemanusiaan’ Imej Seni Pasir Terbesar Di Dunia

BEBERAPA pengkarya seni menghabiskan masa selama 2,400 jam untuk menghasilkan imej yang diperbuat daripada pasir sehingga ia boleh dilihat dari luar angkasa.

Saiz imej pasir itu adalah seluas 15,876.22 meter persegi iaitu bersamaan dengan 12 kolam renang bersaiz Olimpik.

Imej yang diberikan nama ‘Putera Kemanusiaan’ merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah iaitu seorang Emir (Pemerintah) Kuwait.

Ia diukir daripada pasir batuan merah semula jadi.

Lakaran itu sungguh besar sehingga ia boleh dirakam oleh Satelit Emirati, Khalifa Sat.

Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu menghasilkan imej tersebut untuk menunjukkan tanda cinta terhadap Kuwait sempena hari kebangsaan negara itu. – Guinness World Records

Loading...