Pusat Sukan Khusus Untuk Kaum Sikh Bakal Dibina

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, sebuah pusat sukan untuk komuniti Sikh akan dibina di Selangor tidak lama lagi.

Beliau berkata, pusat itu bagi memenuhi keperluan masyarakat Sikh khususnya di Selangor yang turut akan dilengkapi dengan fasiliti sukan.

Gobind berkata, ia memandangkan masyarakat Singh mempunyai acara sukan tahunan yang besar iaitu Gurdwara Cup yang masuk kali ke-68 tahun ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam Gurdwara Cup Fund Raising di Kelab Golf Negara Subang malam tadi , Anggota Parlimen Puchong itu berkata acara sukan itu yang dianjurkan secara besar-besaran boleh menjadi medium kebersamaan yang sentiasa mendekatkan komuniti Sikh di negara ini.

Loading...