• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Tak Tahu Cadangan Bina 2 Lapangan Terbang

oleh
10/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak dimaklumkan berhubung cadangan pembinaan dua buah lapangan terbang di negeri ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tidak tahu mengenai cadangan itu seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, Kerajaan Pulau Pinang tidak menolak sekiranya ada cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di negeri ini atau sekitar wilayah ini.

“Kita tidak tahu menahu mengenai cadangan pembinaan lapangan terbang ini. Malah langsung tidak dimaklumkan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menolak sekiranya ada cadangan untuk tujuan itu.

“Kerajaan Pulau Pinang akan terus dengan perancangan yang dibuat sebelum ini iaitu menjalankan kajian mengenai keperluan pembinaan lapangan terbang di negeri dan kawasan sekitarnya pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan medianya tadi.

Kon Yeow berkata, sekiranya benar ada cadangan pembinaan dua buah lapangan terbang itu, pihaknya akan menunggu pembentangan cadangan tersebut dibuat.

“Kita akan tunggu perbentangan cadangan itu untuk kita memberi maklumbalas mengenai pembinaan dua lapangan tersebut. Saya ingin mengulangi pendirian kerajaan negeri sebelum ini iaitu sebarang cadangan lapangan terbang baru tidak boleh menjejaskan peranan dan fungsi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Ia juga tidak boleh menjejaskan pembangunan masa hadapan Pulau Pinang. Ekonomi dan rakyat Pulau Pinang mesti mendapat faedah daripada cadangan tersebut,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, terdapat dua syarikat bercadang membina lapangan terbang baharu di dua lokasi berbeza di Seberang Perai Selatan (SPS) iaitu di tanah besar Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, difahamkan dua buah syarikat swasta menyatakan cadangannya itu kepada kerajaan Persekutuan untuk membina lapangan terbang baharu di Pulau Pinang.

Dipercayai, cadangan pertama yang dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA) itu akan melibatkan pengambilan beribu-ribu hektar tanah kawasan tanaman padi.

Sementara itu, cadangan kedua dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara (NORIA) melibatkan pengambilan balik 5,000 hektar tanah di kawasan pantai di SPS.

Difahamkan, jarak antara dua lapangan terbang baharu itu adalah 10 kilometer.

Sebelum ini, pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Susulan daripada itu, Kerajaan Pulau Pinang meminta agar kerajaan Pusat melaksanakan kajian kebolehlaksanaan terlebih dahulu sebelum pembinaan lapangan terbang tersebut.

Kon Yeow berkata, kajian itu bagi mengkaji keseluruhan impak termasuk kesan jangka panjang kepada ekonomi Pulau Pinang.

Menurutnya, kajian itu adalah perlu kerana kerajaan negeri menerima pelbagai reaksi dan maklum balas terutamanya dari komuniti peniaga yang mempersoalkan kewajaran pembinaan lapangan terbang tersebut. – Sinar Harian

Tags: Chow Kon YeowDAP Pulau Pinanglapangan terbang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenderaan Asing Beli Minyak RON95

Next Post

Karya Zunar Sindir Kerajaan PH

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Next Post

Karya Zunar Sindir Kerajaan PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd