Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Petani California Mengaku Bunuh...

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu...

Wanita Viral Serang Suami...

SEBELUM ini MYNEWSHUB ada menyiarkan berita viral mengenai tindakan nekad seorang wanita menyerang suaminya...

PRU14: DAP, PH Bimbang...

DALAM isu 1MDB, hakikatnya DAP dan pengkritik sudah kehabisan modal untuk menyerang dan...

Ahli Parlimen Pembangkang ‘Ponteng’...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa mempersoalkan ketiadaan...

Proton Bangkit Di Indonesia, Jualan 2016 Naik 167%

JAKARTA – Pengeluar kereta terkenal Malaysia, Proton membuat penampilan sulung tahun ini di Indonesia dengan melancarkan model kompak Iriz yang cukup popular di negara asalnya sendiri.

Selepas kejayaan pelancaran Iriz di Brunei bulan lalu, Proton dilaporkan kembali cuba merebut peluang pasaran automotif di Indonesia menerusi model tersebut yang turut diiktiraf sebagai kereta kos paling bajet di ASEAN.

Malahan, menurut akhbar berpengaruh KOMPAS di sini, Proton dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk melancarkan model Saga dan Persona versi baharu di republik itu setelah diperkenalkan di Malaysia tahun lalu.

Ketua Bahagian Jualan Antarabangsa Rantau ASEAN Proton Holding, Shahidin Sahamid ketika ditemui media tempatan berkata, untuk model Iriz, ia dijual hanya pada harga serendah 200 juta rupiah (kira-kira RM66,666).

“Iya ini baru sekadar permulaan, selepas ini ada lagi dua model baharu yang akan dihadirkan, iaitu Persona dan Saga, pada tahun ini juga. Sampai saat ini kami masih lihat dulu bagaimana penerimaan Iriz di Indonesia,” ujarnya.

Model itu buat permulaan hanya varian 1.3L dan ia bakal bersaing sengit dengan Daihatsu Sirion selain Honda Jazz. Di Malaysia, Iriz yang menggunakan teknologi Lotus itu dilancarkan sejak 2015 termasuk dalam kategori segmen B.

Shahidin menambah, untuk merangsang jualan, pihaknya sedia meningatkan bilangan jaringan jualan dan khidmat pelanggan sebagai jaminan kepada pembeli baharu atau sedia ada di seluruh republik terbesar Asia tenggara itu.


“Sekarang ini total di Indonesia ada 24 gedung jualan daripada fasiliti 1S (sales), 2S (sales, service) dan 3S (sales, service, spare parts). Mahu berapa lagi? Kalau jualan baik, saya sedia tambah jadi 1,000 premis,” ujar Shahidin.

Mengenai unjuran sasaran jualan sepanjang 2017 di seluruh Indonesia, Proton jelas beliau masih belum lagi mahu memikirkannya kerana persaingan pasaran di republik itu agak kompetitif berbanding negara jiran serantau.

Berdasarkan data diterbitkan Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo), pencapaian Proton tahun lalu agak baik apabila mencatatkan jualan sebanyak 589 unit, naik 167.7 peratus daripada 220 unit pada 2015.

Proton yang ditubuhkan sejak 1983 hanya mula memasuki Indonesia pada 2007 lalu menerusi pelbagai model antaranya Savvy, Persona, Gen 2, Wira, Neo, Waja, Saga, Exora, Prevé dan Suprima S. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori