• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Wakaf Cermin Mata Bantu Jemaah Masjid

oleh
23/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Program Wakaf Cermin Mata dilancarkan bagi membantu para jemaah yang mengalami masalah penglihatan.

Pemilik dan pengasas Prisma Optometrist Bangi serta Prisma Optometrist Kuantan, Nur Helmi Mohammad Yusof menyediakan cermin mata khas buat para jemaah masjid sekitar Bangi, Selangor dan Kuantan, Pahang.

Cetusan idea itu terlintas setelah dia mendengar keluhan pelanggan yang sukar ke masjid serta surau bagi mengikuti aktiviti keagamaan akibat masalah penglihatan.

“Saya pernah didatangi pelanggan warga emas yang ada masalah penglihatan, dia mengadu payah hendak ke surau dan masjid. Bermula daripada kejadian itu saya nampak kepentingan menyediakan cermin mata untuk kegunaan jemaah seperti warga emas terbabit.

“Jadi, berbekalkan pengalaman dalam bidang ini saya berniat berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan agar mereka berasa lebih selesa dan bersemangat untuk beribadat khasnya sepanjang Ramadan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Nur Helmi Mohammad Yusof, Pemilik dan pengasas Prisma Optometrist Bangi serta Prisma Optometrist Kuantan.

Menurutnya lagi, para jemaah boleh menggunakan cermin mata yang disediakan untuk kegunaan di dalam masjid atau surau tanpa perlu meminta kebenaran daripada Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK).

“Terpulang kepada jemaah terbabit, nak letak semula cermin mata itu ditempat ia diambil atau terus bawa pulang ke rumah. Cermin mata disediakan pelbagai jenis membabitkan jenis masalah rabun dan panduan usia untuk memudahkan jemaah buat pilihan.

“Setiap tiga bulan sekali kami menyelenggara dan menggantikan mana-mana cermin mata yang rosak atau yang sudah dibawa pulang oleh jemaah,” katanya yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang optometri.

Sebanyak RM2,000 diperuntukan untuk menyediakan sehingga 100 cermin mata di setiap masjid dan surau terpilih.

Dia juga mendapat harga istimewa daripada pembekal di Puchong, Selangor bagi mendapatkan cermin mata tersebut.

Ini bukan kali pertama program ini dianjurkan, tahun lalu ratusan Jemaah lebih dari 15 masjid dan surau sekitar Bandar Baru Bangi dan Kuantan memperoleh manfaat menerusi Program Wakaf Cermin Mata dianjurkan.

Berikutan itu, rata-rata Jemaah memberi maklum balas positif malah terdapat AJK masjid dan surau minta program ini dianjurkan di tempat mereka. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: cermin matamasjidsurau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Priyanka Gesa Dunia Bantu Kanak-Kanak Rohingya

Next Post

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Jurujual Diperdaya Pasangan Penganggur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd