• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Imunisasi Pulih Keyakinan Perniagaan, Pacu Ekonomi

oleh
03/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat membantu memulihkan keyakinan perniagaan, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, tindakan lebih ramai rakyat mendapat suntikan vaksin itu juga dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk kembali keluar berbelanja dan akhirnya memulihkan keyakinan peniaga.

Katanya, kerajaan juga menyasarkan usaha vaksinasi itu turut berperanan dalam memacu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di antara 6.5 peratus hingga 7.5 pada tahun ini.

“Apabila sebahagian besar penduduk menerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ada pihak berpendapat kerajaan sudah boleh mempertimbang untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) itu,” katanya pada program Agenda Awani bertajuk ‘Setahun Malaysia Prihatin: Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat,’ yang disiarkan semalam.

Mengulas selanjutnya, Mustapa berkata, selain vaksin, faktor lain seperti pemulihan ekonomi dunia, harga komoditi termasuk sawit yang mencecah RM3,800 satu tan dan minyak mentah Brent meningkat lebih AS$62 satu tong juga menjadi pemangkin terhadap prospek ekonomi lebih cerah bagi Malaysia.

Selain itu, beliau juga menyifatkan perubahan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang kepada PKP Bersyarat (PKPB) mulai 5 Mac hingga 18 Mac ini yang turut membenarkan rentas daerah, akan turut menyuntik impak positif bagi sektor pelancongan.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari lalu.

Bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua,’ program itu dilaksanakan dalam tiga fasa dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 orang, manakala Fasa 2 (April-Ogos 2021) membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya (OKU).

Fasa 3 (Mei – Februari 2022) pula membabitkan penduduk berumur 18 tahun ke atas iaitu warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. – BERNAMA

Tags: EkonomiImunisasiMustapa MohamedPerniagaanvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kekal Fokus Dan Tenang!”

Next Post

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

Next Post

Pejabat Mufti WP Pandang Serius Kenyataan 2 Selebriti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd