• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai: Najib Turun Bantu Kempen

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Kesediaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai disifatkan mampu membantu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan berkata, Ahli Parlimen Pekan yang popular dengan panggilan ‘bossku’ itu ketika ini dilihat mempunyai aura tersendiri dalam menarik perhatian rakyat.

“Najib merupakan Penasihat BN, jadi dia ada kapasiti untuk turun kempen.

“Bagi saya, sedikit sebanyak melihat (Najib memiliki) aura positif ini (untuk bawa kemenangan),” katanya selepas majlis bersama Najib di Warung Burasak Abah Pekan Nanas di sini pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Md Israk Abdullah dan Timbalan Pengerusi MCA Tanjung Piai, Tan Eng Meng.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib menyatakan komitmen beliau untuk turun membantu kempen PRK Tanjung Piai di hadapan kira-kira 500 masyarakat Parlimen Tanjung Piai di Warung Burasak Abah Pekan Nanas dan Warung Farhan Kampung Rimba Terjun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 1 Oktober lalu menetapkan PRK Tanjung Piai pada 16 November, penamaan calon pada 2 November manakala tarikh mengundi awal pada 12 November.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Md Farid yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 524 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN) dan Nordin Othman (PAS).

Kerusi Parlimen Tanjung Piai memiliki 53,528 pengundi berdaftar pada PRU14 dengan komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India dan lain-lain 0.55 peratus. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakPRK Tanjung Piai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Kurang Setuju Cadangan Guna Semula GST

Next Post

AR Badul Tarik balik Permintaan Inkues Kematian Anaknya

Related Posts

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

‘Guna Warna Biru BN Hanya Kebetulan’

15/12/2021
0

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional...

Next Post

AR Badul Tarik balik Permintaan Inkues Kematian Anaknya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd