• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Primeworks Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbit rancangan ‘Sukan Tak Sentral’ memohon maaf kepada Watson Nyambek kerana mempersenda nama mendiang bapa bekas pelari pecut negara itu.

“Saya mewakili Primeworks Studios Sdn Bhd, syarikat penerbit rancangan Sukan Tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah diri memohon maaf kepada Watson Nyambek gara-gara mempersenda nama baik ayah beliau,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata syarikat tersebut telah memberi peringatan kepada semua kakitangan mereka agar sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.

Katanya pihaknya juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi syarikat bagi mengelak kejadian serupa daripada berulang.

Watson Berang Rancangan Komedi Hina Bapanya

“Kami amat menghormati saudara Watson, ayah dan keluarga beliau. Saudara Watson adalah seorang jaguh pecut negara serta atlet yang telah banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

“Kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf atas kesilapan kami dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” kata Ahmad Izham.

Sementara itu ketika dihubungi Bernama untuk mendapat penjelasan lanjut, beliau berkata Primeworks Studios sedang mengadakan perbincangan dalaman bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pengacara program itu.

“Esok kita akan dapat lebih kata sepakat mengenai perkara ini,” tambahnya.

Watson dilaporkan kecewa dengan siaran televisyen itu yang menghina mendiang bapanya dalam program yang disiarkan malam tadi.

Bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter itu merasa terhina apabila stesen berkenaan menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang. – BERNAMA

Tags: Watson Nyambek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Watson Nyambek Nafi Laporan Beliau Jutawan Bitcoin

19/11/2018
0

MIRI - Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial...

Watson Nyambek Antara Pembawa Obor Sukan SEA

11/06/2017
0

MIRI - Bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek merupakan antara pembawa obor Sukan SEA ke-29 yang diadakan di Taman Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd