• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tingkat Kawalan Di Pintu Masuk Istana Negara

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di pekarangan pintu dua Istana Negara berikutan kehadiran penyokong parti politik yang memenuhi kawasan itu hari ini.

Jumlah kehadiran anggota keselamatan dilihat bertambah pagi ini, berbeza dengan semalam.

Ia berikutan lebih 200 penyokong PKR memenuhi sepanjang jalan memasuki pintu Istana Negara bagi memberikan sokongan kepada pemimpin mereka.

Polis membuat kawalan trafik dengan mengarahkan penyokong PKR berhimpun di kawasan yang dihadkan iaitu pada jarak kira-kira 50 meter dari pintu masuk, bagi mengelak bercampur dengan petugas media.

Tinjauan setakat jam 11 pagi ini, keadaan di pekarangan pintu masuk istana masih terkawal biarpun berlaku sedikit kesesakan di sepanjang laluan untuk memasuki pintu terbabit.

Sorakan penyokong PKR mula kedengaran sebaik sebuah bas membawa Ahli Parlimen mereka tiba di pintu masuk istana pada jam 10.40 pagi. – BH Online

Tags: Istana NegaraPKRpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd