• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Temui 40 Tong Bahan Buangan Punca Pencemaran

oleh
11/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG – Polis menemui 40 tong bahan buangan berjadual dalam sebuah premis di Jalan Velox 2 di sini yang dikaitkan dengan kes pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor, dan masih dalam proses mengenal pasti jenis bahan buangan itu. 

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe berkata setiap tong dengan isi padu 1,000 liter setiap satu itu disimpan dalam premis yang disewa sejak dua minggu lepas oleh seorang wanita berusia 40 tahun dengan kadar sewa RM3,800 sebulan. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati ada bahan buangan berjadual dibuang melalui sistem kumbahan di dalam premis itu yang mengalir ke Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Taman Velox, terletak kira-kira 300 meter dari premis berkenaan. 

“Sepasukan anggota dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan bau bahan kimia itu dan menemui premis ini yang dijadikan stor simpanan bahan buangan berjadual untuk dilupuskan.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj dalam kejadian ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di premis berkenaan bersama kakitangan JAS, LUAS dan IWK di sini hari ini. 

Arifai berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan bekalan air ke beberapa kawasan terutama di sekitar Lembah Klang terputus, dan menurutnya sehingga kini, lima kejadian pencemaran air dilaporkan berlaku di daerah itu dengan empat daripadanya telah dikenakan tindakan. 

Pagi tadi, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan reman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor, yang memaksa operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang serta Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 dihentikan, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak petang semalam.

Gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat, mulai 6 petang semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dilaporkan berkata pencemaran itu dipercayai berpunca dari kawasan industri kecil dan sederhana di Taman Velox, Rawang. – BERNAMA

Tags: pencemaransungai selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LHDN Buru Jho Low, 4 Yang Lain

Next Post

Keputusan Tangguh Piala Malaysia 2020 Kekal

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

Next Post

Keputusan Tangguh Piala Malaysia 2020 Kekal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd