Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

14 Korban Terkini Gempa...

PORT-DE-PAIX - Angka korban gempa bumi yang menggegarkan Haiti kelmarin kini sekurang-kurangnya 14...

Mengemis Tidak Dibenarkan Di...

MELAKA - Kerajaan Melaka telah menguatkuasakan larangan mengemis daripada orang ramai di seluruh...

Peneroka Warga Emas Maut...

KOTA TINGGI - Seorang peneroka warga emas maut ketika cuba membuat pusingan U...

Ustaz Abdul Somad Sah...

PEKAN BARU - Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai...

Polis: Tayang Kemewahan Di IG Punca Kim K Dirompak

POLIS Perancis tidak menolak kemungkinan Kim Kardashian menjadi sasaran perompak baru-baru ini kerana kegemarannya menayang barangan dan aksesori mewah di laman sosial Instagram miliknya.

Empat hari sebelum kejadian rompakan itu berlaku, Kim ada menayangkan cincin berlian mewah miliknya di IG yang berkemungkinan besar menarik perhatian perompak.

kim k
Empat hari sebelum kejadian rompakan, Kim memuat naik gambar cincin berlian di Instagramnya.

Kim merupakan antara selebriti yang mempunyai paling ramai pengikut di laman sosial terkenal itu.

Kim berada di Paris bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris dirompak sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menyamar memakai uniform polis dan bertopeng.

Ketika itu, dia sedang berada di sebuah apartmen mewah bersama anak-anaknya tanpa kehadiran suaminya, Kanye West yang terikat dengan komitmen kerja di Amerika Syarikat.

Rumah Mewah Kim K Dirompak, Kepala Diacu Pistol


Dalam kejadian itu, Kim kehilangan set barangan kemas bernilai 6 juta euro (RM28 juta) dan sebentuk cincin berlian berharga RM4 juta euro (RM18.49 juta).

Kim bertolak pulang ke Los Angeles beberapa jam selepas rompakan itu berlaku dengan menaiki jet peribadi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori