• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Berlaku Kacau Bilau Perkauman

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menafikan berita kononnya akan berlaku kacau-bilau perkauman pada Sabtu dan Ahad ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya mengesan penularan beberapa rakaman audio palsu mendakwa maklumat itu datang dari Bukit Aman.

“Kita menegaskan bahawa berita terbabit adalah palsu dan dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menakut-nakutkan orang ramai serta membangkitkan kegusaran masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan turut menasihati orang ramai tidak sewenang-wenangnya menggunakan platform media sosial serta lain-lain rangkaian komunikasi untuk menyebar maklumat dan berita palsu dengan tujuan membangkitkan sentimen perkauman atau menyentuh sensitiviti keagamaan, sehingga boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi polis bagi tujuan pengesahan apabila mendapati berita yang meragukan.

“Jangan sesekali berkongsi serta menularkan berita palsu itu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya. – BH Online

Tags: Bukit Amanperkaumanpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Sekeluarga Maut Rumah Terbakar Di Pandamaran

Next Post

Perhimpunan Agung UMNO 2019 Lakar Sejarah Baharu

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

17/07/2025
0

Petaling Jaya: Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan ditahan dan diperas ugut oleh anggota polis ketika melalui...

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Next Post

Perhimpunan Agung UMNO 2019 Lakar Sejarah Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd