• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Larang Zakir Naik Berceramah Di Terengganu

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Polis Terengganu menasihatkan kerajaan negeri Terengganu dan mana-mana penganjur agar menangguhkan sementara program ceramah melibatkan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik di negeri ini buat sementara waktu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, larangan permit ceramah terhadap Zakir yang kini terpalit dengan kontroversi tersebut bertujuan untuk menjamin ketenteraman awam di negeri ini.

“Bukan sahaja berceramah, sebagai jemputan (menghadiri program di Terengganu) pun (Zakir)  tidak berapa sesuai buat masa ini berdasarkan isu-isu yang timbul sekarang.

“Saya akan nasihatkan kerajaan negeri (Terengganu) atau penganjur agar membatalkan program ceramah Dr. Zakir Naik buat sementara waktu ini,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Marang di Ibu Pejabat Marang di sini hari ini.

Pegawai Turus Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu, Deputi Superintendan Amran @ Mohd. Zaki Omar akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Marang menggantikan Superintendan Mohd. Suhaimi Ali yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Kota Bahru, Kelantan.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, pendakwah Islam antarabangsa terkenal itu sedang disiasat berhubung aduan membabitkan kenyataannya bahawa penganut Hindu tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia sebaliknya menyokong Perdana Menteri India serta meminta kaum Cina untuk keluar dari Malaysia. – K! ONLINE

Tags: ceramahpendakwah antarabangsapolisTerengganuZakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UK Boleh Laksana Perjanjian Sawit Selepas Tinggalkan EU

Next Post

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Membimbangkan

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

17/07/2025
0

Petaling Jaya: Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan ditahan dan diperas ugut oleh anggota polis ketika melalui...

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Next Post

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Membimbangkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd