Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Seluar Dalam Pembaca Berita...

SEORANG penyampai berita wanita mendapat malu besar apabila mengalami pengalaman pakaian 'gagal fungsi'...

Lesen Motosikal Pelajar Sekolah...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan Kementerian Pengangkutan yang mahu mewujudkan...

PRN Johor: Penyokong BN...

JOHOR BAHRU - Penyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

Keputusan STPM 18 Ogos...

Kuala Lumpur : Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan...

Polis Diarah Siasat Dakwaan Mahathir – Zahid

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia menyiasat dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pesawat yang sepatutnya dinaiki beliau ke Langkawi disabotaj.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau belum menerima laporan penuh mengenai kejadian itu daripada Ketua Polis Kedah dan Ketua Polis Daerah Langkawi.

“Saya telah arah polis jangan memihak kepada sesiapa sahaja. Kita mesti terjemahkan makna dan proses demokrasi ini dengan menjaga keselamatan semua orang.

“Kita tidak mahu sebarang sabotaj pada mana-mana calon dan parti yang bertanding. Saya bersimpati dengan apa yang dialami oleh Dr. Mahathir.

“Saya berharap ia tidak dilakukan oleh pihak tertentu yang cuba menghalang beliau bertanding,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini hari ini.

​​​​​​​Semalam, Mahathir mendakwa pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi untuk menghadiri majlis minum petang bersama komuniti Cina dan India di pulau tersebut telah disabotaj oleh pihak tertentu.

Menurut laporan portal, Malaysiakini, Pengerusi PPBM itu sudah menaiki pesawat tersebut untuk menuju ke Langkawi dari Subang sebelum dimaklumkan oleh juruterbang bahawa tayar pesawat bocor.


Ahmad Zahid berkata beliau akan menunggu laporan yang akan dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah jika ada unsur jenayah.

“Saya akan meminta pihak Jabatan Penerbangan Awam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Dr. Mahathir.

“Saya harap apa yang dinyatakan beliau (Dr. Mahathir) itu bukan satu realiti yang harus dihadapi oleh mana-mana calon,” katanya. – BERNAMA

Kategori