• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Iraq, Raja Arab Saudi Berunding Melalui Telefon

oleh
21/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi pada Rabu berunding melalui telefon dengan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud berhubung kaedah untuk mempromosi hubungan 2 hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pejabat Abdul Mahdi.

Kenyataan itu menyebut Abdul Mahdi menerima panggilan telefon daripada Raja Arab Saudi yang menyaksikan baginda membincangkan “peluasan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara dalam semua bidang serta meningkatkan peluang dari segi keselamatan dan kestabilan di rantau (Timur Tengah) itu.”

Abdul Mahdi juga berkata beliau menantikan lebih banyak kerjasama dalam bidang perdagangan dan minyak serta hubungan perkongsian yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara selain merangsang kestabilan dan keselamatan rantau itu.

Raja Arab Saudi turut mengesahkan sokongan negara itu terhadap Iraq serta kecenderungannya untuk melihat kestabilan dan kemakmuran Iraq, menurut kenyataan tersebut.

Hubungan antara Iraq dan Arab Saudi meningkat pada 2016 apabila Arab Saudi membuka semula kedutaannya di Baghdad selepas insiden pencerobohan Iraq ke atas negara jirannya Kuwait pada Ogos 1990.

Pada 25 Februari 2017, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir melawat Iraq, yang pertama dilakukan oleh Menteri Luar Arab Saudi sejak 1990.

Hubungan dua hala Iraq dan Arab Saudi meningkat dengan pesat memandangkan kedua-dua negara mempunyai hubungan yang rapat dari segi sejarah, bahasa, budaya dan geografi selain kesediaan mereka untuk menjalinkan kerjasama berpotensi pada masa depan. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiIraq
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji Salah Laku Hakim

Next Post

Salah Guna Kuasa, Pegawai Baitulmal Ditahan SPRM

Related Posts

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Salah Guna Kuasa, Pegawai Baitulmal Ditahan SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd