• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Pecat Haziq Serta-Merta

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat serta-merta daripada PKR.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, mesyuarat biro politik sebulat suara membuat keputusan tersebut.

“Kita telah mendapati beliau telah melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis,” katanya pada sidang media hari ini.

“Surat berkaitan perkara itu akan dikeluarkan secepat mungkin dan diserahkan kepada Haziq,” katanya.

Sidang media turut dihadiri Presiden PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Sementara itu, Anwar berkata, keputusan pemecatan itu tidak ada perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Lembaga Disiplin parti harus dilihat bebas untuk membuat keputusan,” katanya ringkas.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa menyerupai salah seorang menteri Kabinet.

Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin itu mengakui dirinya terlibat dalam rakaman video intim yang tular itu.

Susulan kenyataan Haziq, pemimpin PKR bertelagah dan ada yang meminta supaya Haziq dipecat.

Antara yang lantang adalah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Haziq sudah pasti akan dipecat jika beliau adalah presiden parti.

Naib Ketua Wanita PKR, Faizah Ariffin kemudian, menyelar Zuraida, kerana mengeluarkan kenyataan bercanggah daripada yang dipersetujui parti. – Sinar Harian

Tags: Haziq AzizPKRSeks Luar Tabiivideo semburit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Litrak, Sprint Holdings Setuju Ambil Alih Lebuh Raya

Next Post

Bee Yin Nafi, Akan Saman Pihak Buat Tuduhan

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Bee Yin Nafi, Akan Saman Pihak Buat Tuduhan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd