• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pijak Warga Emas Sampai Mati, Mayat Buang Dalam Parit

oleh
04/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki sanggup memukul dan memijak wanita yang juga warga emas hingga maut sebelum membuang mayatnya dalam parit dalam kejadian di Kampung Pasir Panjang, Sitiawan, semalam.

Mayat wanita berusia 76 tahun itu ditemui anggota polis dalam keadaan separuh tenggelam pada 2 pagi, hari ini.

Sebelum itu, polis menerima laporan kehilangan mangsa yang tidak pulang ke rumah selepas keluar berseorangan dengan motosikalnya pada 10 pagi, semalam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, penduduk kampung melihat mangsa dan suspek yang juga penduduk kampung sama bertengkar di kedai runcit di kampung berkenaan, petang semalam.

Menurutnya, penduduk kampung kemudian menemui motosikal mangsa dalam parit di belakang rumah suspek sebelum menghubungi polis, 8 malam tadi.

“Susulan itu, polis menahan suspek berusia 65 tahun di rumahnya dan lelaki itu mengaku memukul dan memijak mangsa dalam rumahnya.

“Suspek membawa mangsa dengan menggunakan kereta sorong sebelum membuang mayatnya ke dalam parit besar, kira-kira 400 meter dari rumahnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nor Omar berkata, polis menemui mangsa yang sudah meninggal dunia dalam keadaan separuh tenggelam dalam parit itu dan kematiannya disahkan pihak forensik yang hadir di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya juga percaya, berkemungkinan mangsa sudah meninggal dunia ketika dicampakkan ke dalam parit.

“Suspek dan mangsa tiada hubungan keluarga dan hanya tinggal sekampung. Pertengkaran antara mereka dipercayai disebabkan anak mangsa didakwa tidak menghormati suspek namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

Tags: kes bunuhPerakwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja Warga Asing Wajib Saring Covid-19

Next Post

Tiada Lagi Peraturan Pergerakan ‘Radius 10km’

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

08/07/2025
0

Kuching: Lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terbabit dalam beberapa perbuatan khianat dengan melemparkan batu ke arah kenderaan yang melalui...

Next Post

Tiada Lagi Peraturan Pergerakan 'Radius 10km'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd