Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Mara Cadang Tubuh Pusat...

PASIR PUTEH - Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang mewujudkan pusat latihan maritim di...

Satu Lokasi Baharu H5N1...

KUALA LUMPUR - Satu lokasi baharu di Tumpat, Kelantan dikenal pasti positif virus...

Siapa MB Johor Dijangka...

Johor Bahru : Siapa Menteri Besar Johor Ke-19 bakal terjawab petang ini berikutan...

“Salah Orang, Saya Tiada...

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Pihak Terlibat Yakin Dapat Capai Penyelesaian Isu Kuil Sri Maha Mariamman

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tommy Thomas berkata semua pihak yang terlibat dalam kekecohan melibatkan Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, boleh mencapai penyelesaian yang baik.

Beliau berkata para peguam berkenaan telah mengadakan pertemuan yang bermanafaat dan produktif di pejabatnya awal minggu ini dan mereka yakin satu persetujuan dapat dicapai bagi suatu penyelesaian yang adil dan saksama berkaitan masalah yang berlarutan akibat kepentingan yang pelbagai serta saling bersaing dalam kalangan pihak-pihak ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Thomas berkata: “Penyelesaian menyeluruh yang dicadangkan, yang saya sokong, membabitkan langkah-langkah berikut:

1.Tertakluk kepada terma yang akan dipersetujui, One City Development Sdn Bhd akan memindah hak milik satu plot tanah seluas satu ekar yang terletaknya kuil kepada satu amanah yang akan ditadbir oleh Mahkamah Tinggi.

2.Peguam Negara, dalam menjalankan kuasanya sebagai penjaga kepentingan awam berkaitan amanah khairat, akan memohon kepada Mahkamah Tinggi, menurut Seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 untuk perintah membentuk amanah dan melantik pemegang-pemegang amanah bagi menguruskan amanah dan kuil,” katanya.

3. Mahkamah Tinggi akan diminta untuk melantik seorang penerima, yang merupakan seseorang yang mempunyai reputasi yang baik, ternama dan berintegriti, yang boleh diterima oleh semua pihak bertelagah, sebagai seorang pegawai mahkamah untuk mengawal dan menjaga ke atas pemegang-pemegang amanah kuil serta tertakluk kepada pantauan mahkamah.

4.Pada masa yang sesuai, Mahkamah Tinggi akan diminta untuk memindahkan keempunyaan tanah yang diatasnya letaknya kuil itu kepada pemenag-pemegang amanah.

5.Bagi memastikan keadilan dan keberkecualian antara pelbagai kumpulan berhubung kuil, Peguam Negara berharap dapat direpresentasi dalam semua permohonan di Mahkamah Tinggi.


“Atas semangat persetujuan bersama dan pendekatan bertolak ansur oleh semua pihak yang terlibat, resolusi secara persahabatan terhadap semua perkara pertikaian akan dapat dicapai pada masa-masa yang akan datang,” kata Thomas.

Rusuhan berlaku pada 26 dan 27 Nov di kawasan kuil itu yang terletak di USJ25, Subang Jaya, berikutan pertikaian antara pihak-pihak yang bersetuju dan menentang cadangan pemindahan rumah ibadat itu mengikut penghakiman persetujuan.

Menurut penghakiman persetujuan pada 11 Mac, 2014, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, empat pihak bersetuju untuk pemindahan kuil itu dan mengembalikan tapak kuil sedia ada kepada pemilik, One City Development Sdn Bhd.

Keempat-empat pihak berkenaan ialah kerajaan negeri, One City Development dan dua individu yang mendakwa sebagai pentadbir kuil.

Dalam penghakiman itu, One City Development bersetuju untuk mendeposit RM1.5 juta kepada kuil itu. Kerajaan negeri turut menyerahkan tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal kuil. – BERNAMA

Kategori