• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tumbang Sebelum Sempat Umum Tangguh Bayaran PTPTN

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk melaksanakan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun tumbang sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan PH bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya umum untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.

“Formula PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan.

Katanya, sepanjang 21 bulan yang lalu, kerajaan PH bekerja keras menunaikan janji manifestonya.

Pada 26 Disember tahun lepas, pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata, kerajaan PH tidak gagal dalam melaksanakan janji manifestonya berkaitan PTPTN, sebaliknya 3 daripada 4 janji yang terkandung dalam Buku Harapan telah dilaksanakan.

Wan Saiful berkata, terdapat 4 janji manifesto, iaitu pertama, pelajar cemerlang diberikan pelupusan pinjaman sekiranya mereka datang daripada keluarga B40 dan M40 dan telah dilaksanakan.

Beliau berkata, sekatan imigresen juga sudah dilaksanakan dalam masa sebulan dua itu.

Dalam pada itu katanya, janji bahawa majikan peminjam yang tidak mampu bayar diberikan insentif untuk membantu membuat bayaran juga telah dilaksanakan bermula tahun ini.

Tambahnya, cuma satu janji yang belum dapat dilaksanakan iaitu penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Wan Saiful berkata, janji tersebut sedang diusahakan pihaknya dan perkara tersebut akan mengambil sedikit masa untuk ditunaikan. – FMT

Tags: DAPLim Guan EngMOFPTPTN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Komited Jadikan Sistem Pendidikan Negara Terbaik

Next Post

Polis Siasat Dakwaan Aliff Syukri Pukul Anak Angkat

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

Polis Siasat Dakwaan Aliff Syukri Pukul Anak Angkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd