• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Kesihatan Diberi Surat Penghargaan Terima Kasih

oleh
07/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua kakitangan dan petugas kesihatan barisan hadapan diberikan surat penghargaan terima kasih sempena Hari Kesihatan Sedunia 2020.

Surat itu diberikan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penghargaan itu terhadap jasa dan pengorbanan tidak ternilai petugas dalam menangani pandemik COVID-19 hingga sanggup mempertaruhkan nyawa demi demi berbakti pada negara.

Ia juga sempena meraikan Tahun Antarabangsa Jururawat dan Jururawat Kebidanan yang menyifatkan kerjaya jururawat sangat penting dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan negara.

Dalam satu kenyataan bersama, WHO dan KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di kemudahan kesihatan sektor kerajaan serta swasta.

“Pandemik COVID-19 ini sememangnya satu cabaran getir yang memberi impak terhadap sistem kesihatan kita.

“Bagaimanapun, petugas kesihatan tunggak barisan hadapan yang mengorbankan masa dan menggembleng tenaga membendung pandemik ini,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

KKM diwakili Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba dan diwakili Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru.

Kenyataan itu berkata, hakikatnya, sistem kesihatan di negara ini tetap kukuh dengan kehadiran petugas kesihatan dan petugas barisan hadapan yang amat berdedikasi serta bertungkus lumus untuk menghentikan penularan wabak ini.

“Kami amat terharu dengan pengorbanan yang anda sumbangkan,” kata kenyataan itu.

Katanya, dedikasi dan komitmen petugas sangat dihargai yang sanggup, mempertaruhkan nyawa demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat negara ini.

“Seiring dengan tema khas sambutan Hari Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2020, iaitu Tahun Antarabangsa Para Jururawat dan Jururawat Kebidanan, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat atas segala jasa mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di Malaysia ini.

“Hakikatnya, tiada perkataan untuk menggambarkan rasa syukur dan penghargaan kami terhadap sumbangan mulia anda semua.

“Besar harapan kami agar kita semua terus bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya, pihaknya juga berterima kasih kepada segenap lapisan masyarakat yang turut membantu petugas kesihatan serta petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik ini.

“Percayalah bahawa dengan usaha dan kerjasama dari semua pihak ini, kita pasti menang dalam perjuangan penularan COVID-19 ini,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Hari Kesihatan SeduniaKKMpetugas kesihatanwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd