• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Tolak ICERD Bukti Kerajaan Junjung Demokrasi

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara semalam adalah bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjunjung demokrasi dan kebebasan rakyat bersuara.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun perhimpunan itu dikatakan satu ‘setback’ kepada kerajaan, namun ia juga menunjukkan hala tuju kerajaan mendaulatkan undang-undang dan satu langkah ke hadapan yang membolehkan rakyat menyuarakan pendapat.

Berucap pada Majlis Makan Malam Amal PH di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata tiada insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut seperti terjadi dalam beberapa perhimpunan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Dahulu penahanan, tindakan menghalang dilakukan untuk tidak membolehkan individu tertentu berucap dan ada yang ditangkap dan dimasukkan dalam penjara untuk satu ketika.

“Ini membuktikan Malaysia baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didokong rakyat, menjunjung prinsip demokrasi, hak bersuara kita tak sekat dan kita meneruskan urusan perhimpunan itu berdasarkan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir himpunan itu yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sebelum ini, penganjur dilaporkan berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda ‘kesyukuran’ di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

Kerajaan juga akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di bawahnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara. – BERNAMA

Tags: ICERDTan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysian Tigers Tersingkir Awal Dari Piala Dunia

Next Post

Penganjur Perlu Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan Sedia Ada

Related Posts

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

PRK Kemaman: Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin Isu 3R

02/12/2023
0

CHUKAI: Polis membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan membabitkan 3R (agama, bangsa dan raja)...

Next Post

Penganjur Perlu Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan Sedia Ada

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd