• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Britain Umum Letak Jawatan

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mengumumkan akan meletak jawatan pada 7 Jun selepas berdepan tekanan daripada parti pimpinannya, Parti Konservatif dan pihak pembangkang yang mendesak pengunduran beliau.

May akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara menantikan penggantinya dipilih dalam proses dua tahap yang menyaksikan dua calon akhir berhadapan undian 125,000 anggota Parti Konservatif.

Kerajaan May gagal mengawal situasi politik tidak menentu yang dilihat melemahkan peranan London dalam rundingan Brexit, selepas parti itu berbelah-bagi mengenai kaedah Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), selain peletakan jawatan beberapa menterinya.

Terdahulu, May membuat tawaran mengejutkan untuk meletak jawatan sebagai usaha akhir untuk mendapatkan sokongan Parlimen terhadap perjanjian Brexit beliau.

“Saya tahu ada keinginan untuk pendekatan baharu dan kepimpinan baharu dalam fasa kedua rundingan Brexit. Tetapi, kita perlu mendapatkan kesepakatan dalam hal itu. Saya bersedia untuk berundur lebih awal dan saya mahu buat keputusan yang betul untuk parti dan negara ini,” jelasnya. – Agensi

Tags: Perdana Menteri Britaintheresa may
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Mana Duit Raya Peneroka Felda?“

Next Post

Harga Petrol RON97 Naik 8 Sen Seliter

Related Posts

Sunak Pilih Pangsapuri Kecil Atas Pejabatnya Di Downing Street

Sunak Pilih Pangsapuri Kecil Atas Pejabatnya Di Downing Street

27/10/2022
0

LONDON: Perdana Menteri baharu Britain, Rishi Sunak dan keluarganya memilih untuk tinggal di pangsapuri di atas nombor 10 Downing Street,...

Boris Johnson Menang Besar, Brexit Hampir Pasti

13/12/2019
0

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengetuai partinya memenangi pilihan raya menjadikan perpisahan Britain dengan Kesatuan Eropah (EU) bakal...

Next Post

Harga Petrol RON97 Naik 8 Sen Seliter

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd