• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Projek Solar Disambung 29, 30 April

oleh
13/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor yang membabitkan pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak akan bersambung pada 29 dan 30 April ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata ini susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April yang diumumkan kerajaan.

“Setakat ini, hanya ada tarikh sambung bicara pada 29 dan 30 April ini. Untuk tarikh sambung bicara seterusnya, mahkamah masih belum tetapkan,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan bahawa perbicaraan kes itu bersambung pada 15 dan 16 April, 20 hingga 23 April serta 28 hingga 30 April.

Pihak pembelaan akan meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-12 iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad apabila perbicaraan bersambung di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017. 

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah sepatutnya dibicarakan bersama-sama Rizal, yang berdepan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak beliau berhubung projek itu, namun pada 8 Jan lepas, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal selepas pendakwaan menarik balik semua pertuduhan terhadapnya.

Rosmah juga berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri .

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada bulan Mei.

Tags: projek tenaga solarRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Berubah, MPKK Pun Berubah

Next Post

8,647 Individu Ditahan Sepanjang PKP, 3,105 Dikompaun

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

Next Post

8,647 Individu Ditahan Sepanjang PKP, 3,105 Dikompaun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd