• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Bunuh CEO Cradle Fund Bermula Hari Ini

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Prosiding perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan bermula hari ini, di Mahkamah Tinggi di sini.

Perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, bermula kira-kira jam 9 pagi.

Kes yang menjadi tumpuan masyarakat itu, sepatutnya memulakan prosiding perbicaraan pada Selasa lepas, namun ditangguhkan atas permohonan pihak pembelaan kerana terlibat dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Wakil media tempatan daripada pelbagai agensi juga bakal mengikuti prosiding kes yang mendapat liputan meluas itu.

Pada 12 Mac lepas, bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Samirah Muzaffar, 44, yang juga isteri kepada Nazrin, 47, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Salim Soib@Hamid dijangka memanggil kira-kira 60 saksi sepanjang perbicaraan itu.

Samirah diwakili peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Tags: CEO Cradle Fundkes pembunuhannazrin hassanSamirah Muzaffar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Orang Melayu, Islam Berhak Berhimpun Pertahan Hak

Next Post

Sokong Syiah: Mufti Selangor Nafi Gesa Boikot Mydin

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

Next Post

Sokong Syiah: Mufti Selangor Nafi Gesa Boikot Mydin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd