• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong PH, BN Hampir Bertumbuk Di Rantau

oleh
13/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hampir bertumbuk dalam insiden sorak-menyorak pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berlangsung hari ini.

Kejadian berlaku selepas lebih sejam kedua-dua kumpulan itu berkumpul di sepanjang jalan berdekatan pusat mengundi di SJKC Chung Hua dekat sini, untuk meraih sokongan pengundi.

Berlaku tolak menolak antara kedua-dua penyokong parti terbabit dipercayai bermula apabila masing-masing pihak membuat provokasi menyerang peribadi calon parti lawan.

“Hidup BN. Hidup Tok Mat. Pakatan penipu. Harga mintak tak turun. Kereta terbang, mana kereta terbang?” adalah antara sorakan yang boleh didengar di pihak penyokong BN.

Tidak mahu mengalah, penyokong PH pula membalas dengan sorakan seperti, “BN perompak. Tolak BN. Tolak Tok Mat.”

Bagaimana pun ketegangan yang berlaku berjaya ditenangkan oleh kedua-dua belah pihak tanpa kejadian tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, calon PH Dr S Streram menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan kehadiran penyokong parti yang didakwanya berkempen bagi meraih undi dalam kawasan 50 meter dari pusat mengundi.

Beliau berkata, perbuatan itu jelas bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2012), sekali gus meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan.

Streram merujuk kepada kejadian yang berlaku di hadapan pusat mengundi di SJKC Chuang Hua.

“Terdapat penyokong berkempen kepada pengundi. Ini salah di bawah akta pilihanraya. Saya merayu kepada SPR. Mereka mesti dijauhkan melepasi jarak 50 meter.

“Saya tidak lihat SPR ambil tindakan. Saya sudah minta mereka bertindak,” katanya ketika ditemui media selepas melawat pusat mengundi di sekolah berkenaan pagi ini.

Dalam pada itu, pelakon Elly Suriati yang berada berdekatan Streram memberitahu calon PH itu bahawa mereka tidak meraih undi untuk mana-mana parti, sebaliknya merupakan NGO yang membantu pengundi yang mahu menunaikan hak mereka.

“Kami bukan pakai baju BN. Kami mewakili NGO,” katanya.

Dalam perkembangan sama, calon BN Mohamad Hasan berkata, beliau gembira dan berpuas hati dengan proses pengundian yang sedang berjalan.

“Saya berasa amat gembira tak terkata. Bila saya jumpa dengan pengundi, mereka turun dari Saluran 1 dan 2 ‘body language’ sangat bagus.

“Sambutan daripada masyarakat dan pengundi nampaknya amat baik sekali. Saya harap ini akan dicerminkan dalam kotak undi nanti untuk memberikan peluang kepada saya sekali lagi mewakili rakyat dan masyarakat di DUN Rantau,” katanya di pintu depan pusat mengundi di SJKC Chung Hua.

Mohamad berkata, beliau amat berpuas hati dengan SPR yang memudahkan perjalanan pengundi, terutama bagi Saluran 1.

“Beberapa penambahbaikan dibuat oleh SPR hasil daripada maklum balas yang kita berikan,” katanya.

Seramai 20,793 orang daripada keseluruhan 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dengan 11 daripadanya mengundi secara pos.

Pengundian dijangka ditutup pada 5.30 petang dan keputusan diumumkan malam ini. – FMT

Tags: Barisan Nasionalpakatan harapanPRK Rantau
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan Letak Jawatan MB Johor Diketahui Petang Ini

Next Post

PH Boleh Salahkan BN, Realitinya Aset TH Meningkat

Related Posts

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

PH Boleh Salahkan BN, Realitinya Aset TH Meningkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd