• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penting Bagi Kerajaan Ada Hala Tuju Jelas

oleh
23/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Memandangkan situasi mencabar disebabkan pandemik Covid-19, penting untuk kerajaan mempunyai hala tuju ke hadapan yang jelas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Pelan Pemulihan Ekonomi menyediakan strategi sistematik untuk negara keluar daripada pandemik ini selain memberi jaminan kepada warga kerja dan perniagaan Malaysia memandangkan ia menetapkan garis masa yang jelas mengenai pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur.

“Pada beberapa hari kebelakangan ini, kerajaan telah melakukan usaha yang jauh lebih baik dalam meningkatkan program pemberian vaksin. Ini kerana kadar vaksinasi amat penting untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan selain usaha memulihkan ekonomi,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan ‘Malaysia Economic Monitor-June 2021’ secara maya.

Mustapa berkata peningkatan semula kes Covid-19 dan pelaksanaan langkah sekatan pergerakan telah memberi kesan ke atas pemulihan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sedang berusaha mengurangkan jumlah kes jangkitan untuk menilai kesan sekatan pergerakan yang bermula 1 Jun.

“Sekiranya langkah-langkah kerajaan termasuk kadar vaksinasi yang tinggi, sekatan pergerakan dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) — berhasil mengurangkan jumlah kes Covid-19, Malaysia boleh menjangkakan pemulihan ekonomi yang kukuh pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Menurutnya, selain itu memahami trajektori ekonomi jangka sederhana dan panjang juga penting untuk memastikan pertumbuhan Malaysia adalah berasaskan inovasi dan produktiviti.

Oleh itu, kerajaan kekal komited untuk meneruskan perundingan awam-swasta, katanya.

“Perundingan ini akan membantu kerajaan dalam merancang dasar yang lebih baik dan menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai kesan Covid-19 ke atas aktiviti ekonomi dan pemulihan pasca Covid-19.

“Kerajaan mengambil perhatian laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ oleh Bank Dunia yang menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia kepada 4.5 peratus tahun ini, iaitu lebih rendah daripada jangkaan rasmi kerajaan pada 6.0 hingga 7.5 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamedpandemik COVID-19Pelan Pemulihan Ekonomi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Perkenan DUN Johor Bersidang 12 Ogos

Next Post

Titah Raja-Raja: Semua Pemimpin, Ahli UMNO Wajib Bersuara

Related Posts

Dasar Fiskal: Kerajaan Fokus Pacu Negara Keluar Daripada Pandemik

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara memberi cabaran besar kepada kemampuan fiskal kerajaan, sekali gus mendorong...

Rentas Negeri: Kenderaan Bertambah Tetapi Aliran Trafik Lancar

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa...

Next Post

Titah Raja-Raja: Semua Pemimpin, Ahli UMNO Wajib Bersuara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd