Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

21,176 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini...

Jenazah Asmuni Selamat Dikebumi...

TANJONG KARANG - Jenazah Asmuni Abdullah, 52, suami Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan...

Gamis Tuntut 4 Perkara

KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) tuntut empat perkara pada Himpunan...

Kerajaan Sudah Bayar Faedah...

KOTA BHARU - Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan...

Penghasilan Video Intim Diupah Ratusan Ribu Ringgit – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan video intim melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu mirip menteri dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Abdul Hamid bagaimanapun tidak mendedahkan siapa pihak yang diupah itu.

Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa penyebaran video berkenaan adalah pakatan jahat yang didalangi seorang pemimpin sebuah parti politik.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin sebuah parti politik, bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan reputasi individu tertentu.

“Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat tersebut telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit,” katanya melalui kenyataan hari ini.


Sebelum ini, Haziq yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak antara lapan individu yang ditahan reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung video terbabit.

Kesemua mereka itu ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru bermula Ahad lalu. – Sinar Harian

Kategori