• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Perbankan Internet Tidak Selamat?

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik Universiti UCSI mendapati lebih separuh penduduk di sekitar Lembah Klang berpendapat penggunaan perbankan Internet tidak selamat kerana terdapat keburukan dalam sistem pembayaran elektronik.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI, Penolong Prof. Dr. Noppadon Kanika berkata, perbankan dalam talian boleh menjurus kepada pencerobohan maklumat peribadi, pelbagai jenis scam, penggodaman, kecurian identiti dan sebagainya. 

Menurutnya, kajian tersebut melibatkan sejumlah 65.5 peratus daripada 551 penduduk yang dijalankan pada 1 hingga 27 Ogos lalu dan berdasarkan kajian itu majoriti penduduk di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian bagi pelbagai tujuan transaksi.

“Hasil kajian ini menunjukkan terdapat 457 individu yang menggunakan sistem pembayaran dalam talian sekurang-kurangnya melalui satu atau dua bank. Walaupun mereka berasa takut dengan risiko menggunakan perbankan dalam talian, 7.5 peratus daripada responden mengakui bahawa mereka melakukan transaksi wang secara dalam talian kerana ianya lebih cepat dan mudah.

“Ramai yang berasa senang apabila menggunakan perkhidmatan bank dalam talian, walaupun mereka takut dengan kewujudan penggodam dan pencerobohan identiti yang boleh berlaku.

“Setelah ujian pada data menerusi net promoter score dijalankan, didapati mereka tidak menyarankan pada rakan dan keluarga mereka untuk menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noppadon berkata, sebagai langkah pencegahan, pihak bank diminta untuk mempertimbangkan menaikkan imej korporat dengan menggunakan taktik ‘OnAir-Online-OnGround’.

Tambahnya, langkah tersebut dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan perbankan dalam talian tanpa was-was.

“Bank yang menggunakan taktik ini boleh mempromosikan jenama mereka menerusi rangkaian stesen televisyen, dan memaparkannya menerusi dalam talian sebagai contoh YouTube, Facebook, Instagram dan pelbagai lagi.

“Dalam masa sama, mereka perlu adakan satu aktiviti turun padang yang dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggannya serta menaikkan lagi penyertaan pelanggan yang secara tidak langsung mampu menaikkan jumlah pengguna perbankan dalam talian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: kaji selidikperbankan internetsistem pembayaran elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Diri Setiap 20 Minit di AS

Kes Bunuh Diri Setiap 20 Minit di AS

06/06/2023
0

NEW YORK: Kaji selidik mendedahkan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kadar bunuh diri yang paling teruk berbanding negara Barat lain. Ikuti...

Penduduk Kuala Lumpur Gembira Keadaan Semasa Negara?

07/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Hasil daripada kaji selidik mendapati penduduk Kuala Lumpur gembira dengan keadaan semasa negara pada ketika ini.  Kaji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd