Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

894 Borang Penamaan Calon...

JOHOR BAHRU : Sejumlah 894 borang penamaan calon telah terjual setakat ini bagi...

Kerjasama Kerajaan Selangor Perlu...

SHAH ALAM - Kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor amat diperlukan bagi mengatasi masalah...

Tak Sebelah Sesiapa, Uqasha-Zizan...

MASIH lagi belum selesai kontroversi ekoran pelancaran koleksi hijab Be Lofa by Naelofar...

Tikam Jemaah Masjid, Seorang...

LONDON - Seorang lelaki ditahan selepas menikam jemaah masjid dalam kejadian di ibu...

Pengawal Peribadi Ada Sakit Mental Dan Asas Ketenteraan

GEORGE TOWN – Siasatan polis mendapati suspek yang melepaskan tembakan hingga meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, malam tadi mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu mengalami masalah mental dan pernah berkhidmat dengan Askar Wataniah sebelum ini.

Menurutnya, perkara tersebut disahkan selepas siasatan awal dan temubual dengan ahli keluarga suspek.

“Pistol yang digunakan suspek merupakan milik sebuah syarikat keselamatan dan suspek mempunyai permit untuk membawa dan menggunakan senjata api tersebut.

“Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya yang tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan aktiviti kongsi gelap.

Baca: 3 Maut, 4 Cedera Tembakan Rambang Di Pulau Pinang

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan motif kejadian dan menyerahkannya kepada pasukan polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Khalid berkata, seorang lagi suspek berusia 32 tahun yang juga pengawal peribadi Datuk Ong Teik Kwang turut ditahan bagi membantu siasatan.


Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini selepas perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen George Town, Ahmad Tajuddin Zain.

Baca ini: Kes Tembakan Selesai, Motif Masih Dalam Siasatan

Juga: Jurukamera RTM Cedera Ditembak Dilaporkan Stabil

Dalam kejadian 7.15 malam Khamis itu, suspek bertindak menembak majikannya hingga mati selepas dikatakan mengamuk.

Kejadian tersebut turut menyebabkan dua orang maut dan empat orang awam termasuk seorang jurukamera sambilan RTM cedera. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori