• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah CIA Beri Taklimat Kes Bunuh Khashoggi

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel, akan memberikan taklimat tertutup kepada beberapa jawatankuasa Senat Amerika Syarikat hari ini mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi, menurut dua sumber yang biasa dengan mesyuarat itu.

Beberapa ahli perundangan berang kerana Haspel tidak terbabit dalam taklimat Senat oleh pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump minggu lalu mengenai kematian Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Penilaian CIA menyatakan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengarahkan pembunuhan Khashoggi yang juga pengkritik lantang kerajaan negara itu.

Akhbar Wall Street Journal mula melaporkan Haspel akan mengadakan taklimat.

Pada taklimat minggu lalu, Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, berkata tiada bukti kukuh menunjukkan Putera Mohammed mendalangi pembunuhan itu dan menggesa senator tidak menjejaskan hubungan dengan Arab Saudi berhubung kejadian itu.

Haspel akan memberi taklimat kepada pemimpin Republican dan Democrat jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Perkhidmatan Bersenjata dan Peruntukan, kata sumber, menambah Jawatankuasa Perisikan Senat sudah diberi penerangan oleh Haspel.

Sumber berkata, pemimpin Senat juga akan mengambil bahagian dalam taklimat yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan hari ini. — Reuters/BH ONLINE

Tags: CIAJamal Khashoggi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar US

Next Post

Putera Mohammed ‘Keanak-Anakan, Panas Baran’

Related Posts

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

CIA Gelar Senoi Praaq ‘Silent Killer’ – PGA

26/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika...

Next Post

Putera Mohammed 'Keanak-Anakan, Panas Baran'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd