• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran PEJUANG Belum Selesai Sepenuhnya – ROS

oleh
30/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan semakan permohonan pendaftaran dalam sistem eROSES sehingga semalam.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam kenyataan hari ini, berkata pihak Jawatankuasa Penaja Parti perlu melakukan semakan terperinci pada setiap permohonan dikemukakan termasuk dokumentasi terutama perlembagaan yang menjadi rujukan utama sesebuah pertubuhan berdaftar.

Kenyataan itu berkata, sehubungan itu, PEJUANG juga tidak boleh menggunakan logo, lambang dan simbol sehingga pertubuhan itu didaftarkan secara sah.

Katanya, pihaknya masih meneliti dan membuat semakan terhadap permohonan pendaftaran PEJUANG itu.

Justeru, katanya, pihak Jawatankuasa Penaja parti berkenaan diingatkan untuk berhubung terus dengan ROS bagi menyelesaikan urusan permohonan pendaftaran itu.

“Jawatankuasa Penaja sudah dimaklumkan mengenai keperluan pendaftaran yang lengkap melalui sistem sebelum pertimbangan sewajarnya dilakukan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada kenyataan media PEJUANG, semalam yang mendesak keputusan segera dan jelas daripada ROS.

Kenyataan itu berkata, pihaknya menganggap dakwaan bahawa belum ada tanda-tanda PEJUANG akan diluluskan selepas lebih dua bulan permohonan bertulis dan dalam talian dikemukakan kepada ROS tidak berasas sama sekali.

Katanya, dakwaan berkenaan tidak wajar kerana pihak Jawatankuasa Penaja parti itu sudah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama pihak ROS untuk semakan dan mendapatkan pandangan mengenai tindakan lanjut yang perlu diambil terhadap permohonan berkenaan.

Kenyataan itu berkata, ia selari dengan yang dinyatakan sendiri oleh PEJUANG dalam kronologi kenyataan media mereka. 

“Seperti dimaklumkan kepada Jawatankuasa Penaja Parti bahawa semakan terperinci hendaklah dilakukan pada setiap permohonan yang dikemukakan termasuk dokumentasi terutama perlembagaan yang menjadi rujukan utama sesebuah pertubuhan berdaftar.

“Oleh itu, ROS sebagai sebuah jabatan yang menguatkuasakan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan mengawal selia semua pertubuhan berdaftar di Malaysia menegaskan agar pihak Jawatankuasa Penaja Parti untuk tidak menggunakan logo, lambang serta simbol sehingga pertubuhan itu didaftarkan secara sah bawah Akta 335. 

“ROS adalah jabatan melaksanakan tugas dan fungsi dengan adil dan saksama berdasarkan Rule of Law selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” katanya. – BH Online

Tags: parti politikpejuangROS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tumpu Perangi COVID-19

Next Post

Alvin Goh Ditahan Semula Bawah POCA

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

Next Post

Alvin Goh Ditahan Semula Bawah POCA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd