Peminat Kecewa, Tiket Laku Macam Pisang Goreng Panas!

IMPIAN sesetengah peminat Malaysia untuk menyaksikan persembahan live Coldplay hancur lebur apabila tiket Coldplay Live In Singapore 2017 disahkan sudah habis terjual!

Laman sesawang yang mengendalikan pembelian tiket secara atas talian, Sportshubtix menerusi kenyataannya, kesemua tiket berharga dari $78 hingga $298 (RM242-RM925) habis terjual sejak jualan secara umum dibuka jam 10 pagi tadi.

Peminat Kecewa, Tiket Laku Macam Pisang Goreng Panas!

Sebelum ini pemegang kad Citibank memperoleh keistimewaan membeli tiket tiga hari lebih awal daripada jualan tiket umum yang dibuka hari ini.

Kebanyakan netizen yang menunggu peluang untuk menembusi ke bahagian slot jualan tiket terpaksa berputih mata dan sebilangannya ada mengeluarkan ‘petisyen’ menuntut band dari British itu meneruskan untuk hari kedua konsert di Singapura.

Peminat Kecewa, Tiket Laku Macam Pisang Goreng Panas! Peminat Kecewa, Tiket Laku Macam Pisang Goreng Panas! Peminat Kecewa, Tiket Laku Macam Pisang Goreng Panas!

Coldplay Live in Singapore 2017 dibawakan penganjur Live Nation Lushington bersempena konsert tour album terbaharu mereka, A Head Full of Dreams (AHFOD).

Band yang dianggotai Chris Martin, Guy Berryman, Jonny Buckland dan Will Champion akan menghiburkan peminat di Singapura pada 1 April tahun hadapan di Stadium Nasional Singapura.

Lokasi itu dianggarkan boleh memuatkan seramai 55,000 orang pada satu masa.

Konsert kali ini menjadi tumpuan ramai peminat berikutan mereka dikhabarkan bakal ‘berpecah’ selepas ini namun sehingga kini ura-ura tersebut masih belum dikupas lanjut oleh band yang popular dengan lagu Fix You dan Yellow ini.

Selain Singapura, negara Asia lain yang dipilih untuk menjayakan konsert jelajah AHFOD ialah di Filipina (4 April), Taiwan (12 April), Korea Selatan (15 April) dan Jepun (19 April).

Buat anda yang masih mencari tiket, jangan berputus asa, mungkin rezeki anda dapat tiket di empat lokasi ini pula! – MYNEWSHUB.CC

Loading...