• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin DAP Mahu Komunis Diiktiraf?

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – PAS Perak hari ini melahirkan kekhuatiran dengan isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan komunis susulan ciapan seorang pemimpin DAP di Twitter apabila mendakwa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, ciapan berkenaan memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan negara ketika itu ialah tentera dari negara-negara Komanwel manakala tentera tempatan pula kesemuanya berketurunan Melayu dari negeri-negeri Melayu bersekutu.

Menurut Razman, terdapat juga pihak lain iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga dari Pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menentang atas dasar kebencian berhubung kait dengan perang China-Jepun. 

Namun katanya, MPAJA yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan pihak Jepun, telah menimbulkan huru-hara, keganasan serta pembunuhan.

“Oleh itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbaur rasis dan mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan.

“Sebarang tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkenaan sebagai mempertahankan negara, tidak dapat diterima sama sekali apatah lagi cuba memberi penghargaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Biarpun kenyataan itu tidak menamakan siapakah pemimpin DAP tersebut yang juga didakwa sebagai Ahli Parlimen dari Perak, namun ia dipercayai merujuk kepada Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Pada 16 Ogos lalu, Kor Ming dalam ciapan Twitter miliknya menulis “Mendiang datuk saya dan Timbalan Menteri YB @hannahyeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa perang dunia II. Bila Jepun menjajahi tanahair kita, mereka yang berkorban mempertahankan kedaulatan negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka wajib diberi penghargaan”.

Dalam pada itu, Razman berkata, gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma mempertahankan kedaulatan negara termasuk penghargaan yang diberi adalah hak eksklusif dan nilai yang tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM.

Beliau berkata, MPAJA atau Bintang Tiga yang terdiri daripada ahli-ahli PKM ini telah meletuskan pertempuran perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu sehingga merenggangkan hubungan.

“Adakah kini pemimpin DAP tersebut cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang mempertahankan negara?

“Adakah ini episod lanjutan provokasi awal memperlekehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘hanya tahu makan dan tidur sahaja’ oleh taikun proPakatan Harapan, Koon Yew Yin sehingga martabat perajurit sebenar direndahkan dan mahu diletakkan mereka di ladang Felcra bagi menggantikan warga asing?” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: bekas perajuritDAPKomunisPerang Dunia Kedua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hina ATM: Yew Yin Beri Keterangan Kepada Polis

Next Post

Utusan Mungkin Ditutup Kerana Tiada Wang – NUJ

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Utusan Mungkin Ditutup Kerana Tiada Wang - NUJ

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd