Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Hancur Jika Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan hancur dalam tempoh dua tahun sekiranya pembangkang mengambil...

Pelajar Pertama Korban Covid-19...

SARAWAK hari ini merekodkan seorang lagi korban Covid-19 menjadikan jumlah kes kematian akibat...

Verstappen Dominasi Perlumbaan Di...

BAKU – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu kejuaraan...

Penerbangan Sulung AirAsia Shenzhen...

LANGKAWI – AirAsia Bhd mengadakan sambutan bagi penerbangan sulung dari Shenzhen ke Langkawi...

Pemilik Dedah Sikap Penyewa Wanita Pengotor

BENARLAH kata pepatah Inggeris don’t judge a book by it’s cover yang membawa maksud jangan sesekali memandang seseorang itu menerusi penampilan luaran semata.

Baru-baru ini, seorang pemilik rumah sewa ‘terkena’ dengan penyewa yang terdiri daripada wanita cantik namun hakikatnya adalah pengotor.

Mangsa, Nurulanne Radzali mendakwa penampilan luaran para penyewanya yang lemah lembut lagi gemar memakai pakaian berjenama amat berlawanan dengan keadaan rumah.

Pemilik Dedah Sikap Penyewa Wanita Pengotor

“Jangan percaya pada yang konon hipster, make up 10 inci tapi pengotor, rumah busuk, bersepah bak neraka,” tulisnya menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook.

Menurut Nurulanne, dia mendapat aduan daripada para penyewa, kononnya rumah sewa itu dipenuhi dengan lipas.

Lantas membuatkan dia melakukan ‘sportcheck’ bagi meninjau keadaan rumah sewa itu.

“Buka-buka pintu Masyaallah bau. Bau masam, bau perfume, bau penyegar udara, pitam!


“Mana lipas? Terus ke dapur terus rasa nak pengsan, rujuk gambar. Mee Hoon dalam kuali berulat, minyak tumpah, pinggan mangkuk berulat, milo tumpah penuh lantai. Bau tak usah nak cakap,” katanya.

Apabila disiasat, rupanya si gadis-gadis penyewa ini masak beramai-ramai dan juga bungkuskan makanan untuk jiran lelaki di hadapan rumah. Sanggupkah anda ‘menelannya’ jika tahu keadaan sebenar?

Memang tak senonoh dan juga tiada kesedaran sivik. Tidak kiralah anak bujang lelaki atau pun perempuan, kebersihan itu bukannya boleh diambil mudah.

Nak jadi cantik, cantiklah luar dan dalam, tak begitu? – MYNEWSHUB.CC

Nota: Video sekadar hiasan

Kategori