• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dibuli Senior Hingga Rosak Limpa

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar lelaki cedera selepas menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior di sebuah maahad tahfiz di Tanjung Karang, Selangor, semalam.

Difahamkan, kejadian buli itu mendapat perhatian netizen selepas status dan gambar dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB) yang mendakwa abang kepada mangsa tular di laman sosial.

Rata-rata netizen mencemuh dan mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap pelajar lelaki itu.

Menerusi status itu, dia mendakwa adiknya cedera di bahagian limpa dan hati.

“Doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak berfungsi (mudah dijangkiti penyakit),” katanya.

Dakwa lelaki itu, adiknya dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior itu telah diangkat dan dihempas ke lantai.

“Pihak keluarga telah meminta rakaman CCTV (rakaman kamera kitar tertutup) tetapi pihak tahfiz mengatakan CCTV di pusat tahfiz itu rosak,” katanya.

Menurut lelaki itu, dia difahamkan terdapat tiga lagi rakan adiknya turut menjadi mangsa buli.

“Kecederaan pada adik sangat teruk sehingga ditahan wad. Laporan polis telah dibuat dan mohon bantuan rakan-rakan supaya mendoakan adik saya sembuh seperti sedia kala,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di maahad tahfiz itu mendapati tiga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS ) hadir berjumpa dengan pihak pengurusan maahad tahfiz itu.

Malah, ibu bapa juga mula dipanggil pihak pentadbiran berhubung kes berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – myMetro Online

Tags: kes buliMaahad Tahfizpelajar seniorselangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bursa Malaysia Rendah Akibat Kebimbangan Pada Wabak

Next Post

Peserta Ijtimak Tabligh Diminta Hubungi Pejabat Kesihatan

Related Posts

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

Selangor Arah Peniaga Vape Turunkan Iklan Jualan, Promosi

22/05/2025
0

KLANG: Kerajaan negeri mengarahkan semua peniaga rokok elektronik (e-rokok) atau vape menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan e-rokok sebelum tindakan...

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

Kes Buli: Lima Daripada Tujuh Pelajar MRSM Dirakam Keterangan

08/04/2025
0

NIBONG TEBAL- Polis telah merakam keterangan lima daripada tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini yang dipercayai terlibat...

Next Post

Peserta Ijtimak Tabligh Diminta Hubungi Pejabat Kesihatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd