• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Menteri Juga Ditahan Pakai ‘Spender’ Jalur Gemilang

oleh AK-47
04/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENASIHAT kepada Menteri Industri Pertahanan Australia antara sembilan individu yang ditahan ekoran berkelakuan tidak senonoh dengan memakai seluar dalam corak Jalur Gemilang di litar Sepang, kelmarin.

Perkara berkenaan didedahkan media tempatan Australia, apabila Jack Walker, penasihat kepada menteri Christopher Pyne, dilihat dalam kumpulan lelaki itu bagi meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Riccirardo dalam Grand Prix Malaysia pada Ahad.

Jurucakap Pyne berkata perkara itu sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia hari ini.

“Perkara ini sedang ditangani dengan sewajarnya oleh pesuruhjaya tinggi Australia. Sehingga kita sendiri mempunyai gambaran jelas, tidak wajar mengulas lanjut,” Sydney Morning Herald (SMH) memetik jurucakap itu sebagai berkata.

Jack dilaporkan dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu berlaku dan sedang disiasat kerana perbuatan tidak senonoh di tempat awam dan tidak menghormati bendera Malaysia.

“Ini menunjukkan kekurangan rasa hormat kepada kami sebagai rakyat Malaysia, ini adalah tingkah laku bodoh daripada orang asing yang tidak memahami sensitiviti budaya dan rasa hormat,” kata Ketua Litar Antarabangsa Sepang, Razlan Razali kepada New Straits Times.

Anggota perbendaharaan Scott Morrison berkata tangkapan itu adalah satu peringatan bagi orang muda untuk menghormati undang-undang negara yang mereka lawati.

“Australia menyediakan bantuan konsular kepada mereka. Mereka ada alasan mereka, jadi anda perlu berbuat demikian,” katanya kepada stesen radio Australia 2GB hari ini.

Semalam, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata sembilan lelaki warga Australia yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan dan Seksyen 14 kanun keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. -MYNEWSHUB.CC

Tags: jalur gemilangseluar dalam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd