• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasport Buruk: Pelancong Taiwan Ditahan 35 Jam Klia2

oleh
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Imigresen Malaysia dibidas kerana menahan seorang pelancong Taiwan selama 35 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) hanya kerana pasport buruk.

Perkara pelik tersebut didedahkan oleh Duta Khas Malaysia ke rantau Timur Jauh, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Sarawak dalam kenyataannya menerusi akaun Facebook rasmi beliau baru-baru ini.

Kisah pengalaman pelawat wanita itu ujar beliau, pada mulanya disiarkan melalui akaun Facebook mangsa sendiri di bawah nama panggilan Chiao Mei, namun menjadi berita besar apabila tular diperbesarkan media Taiwan.

Pelancong tersebut mendakwa konon dia menerima layanan buruk daripada beberapa pegawai Imigresen Malaysia ketika tiba di Klia2, Sepang, Selangor selepas menaiki pesawat bajet AirAsia pada pukul 8.20 pagi 9 Mac lalu.

Lebih teruk, dia berkata, seorang pegawai meminta wang tetapi apabila enggan dilayan, mangsa ditahan dalam satu bilik kecil dan kotor tanpa kerusi selama sehari setengah sebelum diusir balik ke Taiwan pada 9.20 pagi 11 Mac.

“Wanita ini tidak termasuk dalam senarai penjenayah antarabangsa sehingga perlu ditahan sedemikian. Telefon bimbit dia juga dirampas dan mangsa tidak boleh hubungi keluarganya untuk meminta bantuan,” kata King Sing.

Baca: Mata Sepet Punca Pasport Lelaki Ini Lewat Proses

Juga: Perancis Larang Foto Muka Sedih, Senyum Dalam Pasport

Lagi: Wanita China Sukar Lepasi Imigresen Kerana Wajah Beza

Difahamkan, pasport mangsa mengalami kerosakan teruk ketika melalui pemeriksaan pegawai kastam di Jepun sebelum datang ke Malaysia tetapi keadaan itu bukan alasan untuk memberi layanan teruk kepada wanita tersebut.

“Ini beri imej buruk kerana pasaran Timur Jauh ialah sumber pasaran pelancong asing untuk negara kita sendiri,” jelasnya yang turut memaklumkan isu itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil menyelar pegawai itu sebagai Little Napoleon, iaitu merujuk nama Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte yang gemar ‘tunjuk hebat’, King Sing berharap Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri dapat membantunya.

Dalam pada itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Taiwan melaporkan Kementerian Luar menyifakan tindakan pihak Imigresen Malaysia sebagai betul kerana mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan di serata dunia.

“Hampir 1.5 juta penumpang memasuki KLIA setiap bulan dan daripada jumlah itu, antara 10 hingga 100 orang ditahan sebelum diusir keluar setiap hari,” kata Taipei Times memetik kenyataan Kementerian Luar negara itu.

Pemerintah Taiwan bahkan mengingatkan warganya yang ke luar negara untuk memastikan pasport tidak rosak kerana kecacatan pada dokumen itu boleh mengakibatkan mereka dilarang masuk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASPORTtaiwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerja Industri Ternakan Ayam Di Kelantan Bebas H5N1

Next Post

Bukit Beruntung: 2 Kanak-Kanak Masih Belum Ditemui

Related Posts

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

09/01/2025
0

TAIPEI : Taiwan dan China saling tuduh menuduh berhubung kerosakan kabel komunikasi dasar laut di luar pantai pulau itu, yang...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

Next Post

Bukit Beruntung: 2 Kanak-Kanak Masih Belum Ditemui

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd