• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Diiktiraf Global Sebagai Bebas Asap Rokok

oleh
20/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Usaha Kerajaan Ngeri Pulau Pinang menjadikan negeri itu bebas asap rokok menerusi Kempen Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) mendapat pengiktirafan pertubuhan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata Pulau Pinang mendapat pengiktirafan menerusi anugerah oleh Pertubuhan Kawalan Tembakau Asia Tenggara (SEATCA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

“Saya menerima anugerah tersebut semasa menghadiri Mesyuarat Serantau Asap Bebas Asap ke-6 Wilayah Asia Pasifik di Hoi An, Vietnam hari ini dan turut mendapat pengiktirafan tersebut ialah Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya bermula pada tahun 2012, PENBAR dimulakan untuk memenuhi Perkara 8 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO.

Beliau berkata program itu merupakan perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySIHAT),Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan pelbagai pertubuhan kerajaan (Ngo) antaranya Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) serta Green Lung.

“Ia dimulakan untuk melindungi komuniti Pulau Pinang dari asap rokok (second- hand smoke) dengan melaksanakan dasar bebas asap rokok yang berkesan,” katanya.

Dr. Afif berkata untuk permulaan enam taman rekreasi telah diwartakan sebagai taman bebas asap rokok sejak 1 Okt 2012 di ikuti dengan larangan merokok di semua bangunan dan kawasan awam di Tapak Warisan Dunia George Town pada 4 Julai lepas.

Katanya anugerah itu akan terus memacu Pulau Pinang untuk menjadikan negeri tersebut sebagai negeri bebas asap rokok pertama di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kejayaan ini juga telah mengharumkan nama negara dan merupakan satu usaha jelas negara dalam mempromosikan semula jadi yang sihat dan mengekalkan keunikan budaya melalu kempen bebas asap rokok di Tapak Warisan Dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asap Rokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Solat, Jangan Sombong Antara Perkara Didik Anak

Next Post

Agama Islam Tidak Diskriminasi, Zalimi Sesiapa – Mujahid

Related Posts

Alat Kesan Asap Tandas Awam Atasi Tabiat Perokok

27/01/2019
0

PEMASANGAN alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal diperkenalkan untuk mengatasi tabiat perokok di kemudahan...

Malaysia Mahu Bebas Asap Rokok Pada 2045

21/07/2017
0

GEORGE TOWN - Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran sebagai Negara Bebas Asap Rokok menjelang 2045 berikutan kerjasama dan strategi pelaksanaan inisiatif bebas...

Next Post

Agama Islam Tidak Diskriminasi, Zalimi Sesiapa - Mujahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd