OKU Maut, 20 Cedera Bas Terbalik Di Poland

WARSAW – Seorang maut, manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa 51 penumpang orang kurang upaya (OKU) terbalik dalam kemalangan di barat daya Poland, semalam.

“Bas terbabit membawa 51 penumpang ketika terbalik di bandar Kazimierzow.

“Ia mengakibatkan seorang maut, manakala kira-kira 20 lagi penumpang cedera, termasuk lima mangsa yang mengalami cedera parah.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku kerana pemandu gagal mengawal kenderaan,” kata perkhidmatan keselamatan daerah Polkowice ke laman Facebook.

Menurut agensi berita Poland, PAP, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang selepas mengunjungi pasar Krismas di Wroclaw, iaitu antara pasar terbesar di negara itu. – AFP/BH ONLINE

Loading...