• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang mungkin menyaksikan hakim memerintahkan satu ujian DNA dijalankan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mengahwini wanita itu tahun lepas, lapor akhbar Britain Daily Mail.

Akhbar itu berkata, bekas ratu cantik Rusia itu memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky dengan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Laporan itu berkata, Oksana pada mulanya memilih untuk tidak meneruskan kes tersebut dengan harapan ia boleh diselesaikan secara baik.

“Bagaimanapun sekarang beliau memfailkan semula tuntutan paterniti selepas memutuskan tiada kemajuan dalam tuntutan penyelesaian, yang dilaporkan termasuk elaun bulanan anak sebanyak £24,000 sebulan, sebuah apartmen berharga £1.2juta di Moscow dan selepas itu rumah berharga £8 juta di London,” kata akhbar itu.

Perkembangan terbaru ini berlaku tiga bulan selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa anaknya.

Akhbar berkenaan juga berkata, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.

Oksana menegaskan anak beliau, Leon, merupakan hasil perkahwinan mereka.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” kata beliau dalam satu temu bual sebelum ini.

Sultan Muhammad V turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini, tidak lama selepas laporan perkahwinannya dengan Oksana tersebar.

Pasangan itu kemudiannya bercerai selepas Sultan Muhammad V melafazkan “talak tiga”, sekali gus menjadikan perceraian itu muktamad.

Oksana bagaimanapun terus membuat hantaran klip video dan gambar mereka berdua di Instagram dan menolak dakwaan mereka telah bercerai.

Pada Julai, Istana Kelantan, dalam respons terhadap kenyataan Oksana yang menyifatkan anaknya sebagai bakal sultan berkata, hanya pihak istana berhak membuat pengumuman sedemikian.

Baru-baru ini Oksana mendakwa beliau terpaksa menjual cincin perkahwinannya bernilai £203,000 (kira-kira RM1.05 juta) bagi membayar bil perubatan yang ditanggungnya semasa mengandung.

“Saya tidak akan beritahu harga yang saya jual, tetapi ia tiga kali ganda kurang daripada kosnya,” kata beliau kepada Daily Mail. – FMT

Tags: Rihana Oksana GorbaenkoRusiaSultan Muhammad Vujian DNA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belanjawan 2020 Yang Sangat Dinanti Dibentangkan Hari Ini

Next Post

LTTE Adalah Pengganas, Bukan Kumpulan Pejuang Hak Etnik

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

LTTE Adalah Pengganas, Bukan Kumpulan Pejuang Hak Etnik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd