• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Buang Bayi Di Masjid Kena Tahan

oleh
24/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menahan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes pembuangan bayi di Masjid Lama Ara Kuda, di sini tengah hari semalam.

Suspek berusia 57 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU) di hadapan Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang juga seorang balu berasal dari Kulim itu ditahan jam 1 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku anak perempuan sulungnya yang berusia 28 tahun terlibat dalam kes menyembunyikan kelahiran seorang bayi perempuan.

“Suspek kemudiannya meminta anaknya itu meninggalkan bayi tersebut di kawasan Masjid Lama Ara Kuda di sini semalam. Suspek mempunyai dua anak perempuan termasuk yang melahirkan bayi itu dan seorang cucu perempuan.

“Wanita yang melahirkan bayi itu kini ditahan di Hospital Kulim kerana mengalami komplikasi bersalin berikutan urinya masih tertinggal. Wanita itu adalah ibu tunggal yang kematian suaminya pada 2015. Selain bayi tersebut, dia mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, menurut suspek, anaknya mengakui bayi yang dibuang itu adalah hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, suspek utama iaitu ibu kepada bayi perempuan tersebut akan ditahan reman selepas menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Kulim,” katanya.

Semalam, sekumpulan jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur gempar dengan penemuan bayi perempuan yang diletakkan dalam kotak kertas di kaki lima belakang masjid berkenaan.

Bayi seberat 2.8 kilogram yang cukup sifat itu dijumpai pada jam 1.30 petang dalam keadaan dibalut kain batik dan sedang nyenyak tidur. – Sinar Harian

Tags: buang bayimasjid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azwanddin Dituduh Ugut Serang Balai Polis, Aib Individu

Next Post

Kelantan Harap Kerajaan, Petronas Hadir Mahkamah 17 Mei

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Kelantan Harap Kerajaan, Petronas Hadir Mahkamah 17 Mei

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd