• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sindir Mat Sabu ‘Capatikan’ Janji

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Baru tiga bulan berjanji sudah ‘dicapatikan’. Bagitu sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Ini ekoran janji Mohamad kira-kira tiga bulan lalu untuk tidak menganugerahkan lagi pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) kepada ahli politik dan selebriti.

Namun, semalam Mohamad telah menyempurnakan pemakaian pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) Askar Wataniah kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

“Tiga bulan je, janji sendiri dah dicapatikan. Menteri Besar PH Selangor dan Ketua Menteri PH Melaka diberi pangkat kehormatan Brigadier Jeneral oleh Mat Sabu sendirinya.

“Kalau suka mereka pun, sekadar belanja makan kari kepala ikan cukuplah. Ni siap bagi pangkat,” kata Najib di Twitter.

Pada April lalu, Mohamad dilapor berkata akan menghentikan amalan pemberian pangkat kehormat dan pemakaian seragam tentera kepada ahli politik dan selebriti.

Langkah itu katanya, mendapat sokongan Raja-raja Melayu yang menjadi penaung kepada pelbagai cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Semalam, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan mengumumkan pemberian pangkat Brigadier Jeneral kepada Amirudin dibuat atas kapasiti beliau selaku penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw) bagi Selangor; manakala Adly pula selaku penaung Jakpaw bagi negeri Melaka.

Menurut kenyataan itu, penaung Jakpaw di setiap negeri adalah menteri besar atau ketua menteri yang dilantik menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Perjawatan pengerusi Jakpaw dikhususkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Pelantikan pengerusi Jakpaw dibuat oleh menteri besar/ ketua menteri/menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kolonel (Kehormat).

“Kesemua perjawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972,” demikian menurut kenyataan akhbar itu.

Pelantikan Amirudin dan Adly sebagai Penaung Jakpaw di peringkat negeri berkuatkuasa pada 24 Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Askar WataniahjakpawMohamad SabuNajib Tun Razakpangkat kehormat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Tegas Jika Gula-Gula ‘Ghost Smoke’ Ada Nikotin

Next Post

SKMM, PDRM Siasat Penyalahgunaan Nama PM

Related Posts

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

Kenaikan Harga Siling Beras Putih Tempatan Akan Dimuktamad Oktober Ini – Mohamad Sabu

10/06/2024
1

SERDANG : Keputusan mengenai kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) akan dimuktamadkan sebelum Oktober ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

Bekalan Beras Tempatan Pulih Dalam Masa Sebulan

05/09/2023
0

JOHOR BAHRU – Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) dapat menampung permintaan pasaran terhadap...

Next Post

SKMM, PDRM Siasat Penyalahgunaan Nama PM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd