• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Balas Tony Pua, Ajar Mengenai Pelaburan

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perbezaan pelaburan asing yang berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kepada Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua yang bangga dengan pencapaian partinya.

Pua menerusi kenyataan hari ini teruja dengan kemampuan kerajaan PH merekodkan pelaburan langsung asing (FDI) yang direalisasikan sebanyak RM21.7 bilion bagi suku pertama 2019, yang disifatkan tertinggi dalam sejarah negara untuk tempoh satu suku.

Ketika menghuraikan kejayaan tersebut, beliau mempertahankan keputusan syarikat gergasi Jepun, Mitsui & Co. Ltd. apabila membeli kepentingan pengendali hospital milik Khazanah Nasional, IHH Healthcare Bhd. pada tahun lalu sehingga dilihat membantu Malaysia mencatatkan aliran FDI yang tinggi.

Beliau turut mempersendakan Najib kononnya bekas Perdana Menteri itu tidak memahami kepentingan pelaburan tersebut selain membandingkan pelaburan syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco di dalam Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Johor yang berlaku pada tahun 2017.

Najib dalam kenyataan balas menganggap Pua sebenarnya mengesahkan bahawa kebanyakan daripada pelaburan RM21.7 bilion itu merupakan penjualan aset negara.

“Terutamanya, dia puji penjualan syarikat IHH yang dibina masa saya Perdana Menteri kepada Jepun dan menyebabkan syarikat Malaysia itu menjadi syarikat milik Jepun. Dia kata penjualan ini merupakan pelaburan yang berkualiti tinggi,” kata Najib dalam akaun Facebook beliau.

Kata Najib, keadaan menjadi lebih parah apabila Pua cuba membandingkan penjualan saham IHH dengan pelaburan AS$7 bilion (RM30 bilion) oleh Saudi Aramco.

“Macam ini pun boleh? Biar saya jelaskan perbezaan. Syarikat IHH merupakan satu syarikat yang sudah lama beroperasi dan untungnya semakin bertambah.

“Projek yang dilabur oleh Saudi Aramco itu pula masih dalam pembinaan semasa pelaburan dibuat. Belum beroperasi lagi. Untung atau rugi pun belum tahu lagi. Wang yang diterima oleh Petronas daripada Saudi Aramco pula digunakan untuk membina projek-projek lain dalam projek kompleks Pengerang,” katanya.

Najib juga menjelaskan prospek pelaburan oleh Saudi Aramco yang menjamin akan membekal sekurang-kurangnya minyak mentah yang diperoleh dan membeli 50 peratus daripada hasil keluaran projek itu.

“Apa yang kita dapat dari penjualan saham IHH kepada Jepun? Hanya wang RM8.4 bilion masuk ke kerajaan PH untuk diguna entah di mana. Syarikat yang merupakan kumpulan pusat perubatan kedua besar dalam dunia yang duhulunya Malaysia menjadi syarikat Jepun.

“Satu peluang pekerjaan baru pun tidak dijanakan. Cuma jual saham sahaja. Nampak perbezaan tak? Atau masih mahu menegakkan benang yang basah?” soal Najib. – UTUSAN ONLINE

Tags: Najib Tun RazakpelaburanTony Pua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jambatan Angkat Kuala Terengganu Dibuka 2 Jun

Next Post

Jokowi Menang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

Kerajaan Persekutuan Tidak Halang Pelaburan Masuk Ke Kedah

13/07/2024
1

SUNGAI PETANI : Status Kedah sebagai negeri pembangkang tidak pernah menghalang Kerajaan Persekutuan memilihnya sebagai antara lokasi pelaburan utama, di...

Next Post

Jokowi Menang Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd