• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naikkan Gaji Jika Mansuh Skim Lantikan Tetap, Berpencen

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sekiranya kerajaan berhasrat memansuhkan skim lantikan tetap dan berpencen, gaji dan caruman penjawat awam perlu dinaikkan seiring dengan cabaran kehidupan serta kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presiden Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas), Datuk Omar Osman berpendapat, memandangkan gaji kakitangan awam lebih rendah berbanding swasta, kerajaan perlu menaikkan sekali ganda dan caruman pekerja pada kadar sembilan peratus untuk pekerja dan 11 peratus untuk kerajaan selaku majikan.

“Caruman ini juga perlu kelaskan mengikut kluster perkhidmatan iaitu bagi mereka yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun, caruman majikan perlu lebih.

“Ini bagi memastikan selepas penjawat awam ini pencen, mereka tidak berdepan dengan masalah kewangan kerana mempunyai simpanan mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen bagi memastikan ia tidak merugikan penjawat awam.

Menurutnya, tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan cadangan itu dan masih belum dibincangkan di peringkat Kabinet.

Omar berkata, pada 2010, kerajaan pernah mencadangkan Skim Kaedah Persaraan Bercarum seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi dibantah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Saya ketika itu menjadi Presiden Cuepacs membantah cadangan tersebut dan ia tidak dilaksanakan. Situasi yang berlaku hari ini sama seperti 2010 dan pada pendapat saya, skim sedia ada tidak wajar ditukar,” katanya.

Beliau menjelaskan, soal bebanan sebanyak RM28 bilion untuk bayaran pencen tidak perlu ditimbulkan kerana ia merupakan tugas kerajaan.

“Sebab itu kita ada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) ini. Kerajaan dipilih rakyat untuk mentadbir negara berdasarkan kepada janji dan pembaharuan yang dibawa.

“Penjawat awam ini ialah rakyat Malaysia, jadi kerajaan sepatutnya memudahkan mereka dan bukan menyusahkan lagi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau masih berharap agar kerajaan meneruskan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen sebagaimana dilaksanakan selama ini sebagai menghargai mereka.

“Kalau dimansuhkan skim ini, tidak ada apa yang menarik tentang perkhidmatan awam. Rakyat Malaysia tidak akan berminat menyertainya.

“Gaji penjawat awam lebih rendah berbanding swasta, sebab itulah pencen ini diperkenalkan. Jika pencen dimansuhkan, bagaimana dengan hari tua mereka tatkala kehidupan semakin mencabar dengan peningkatan kos sara hidup, perubatan dan kediaman?” katanya. – Sinar Harian

Tags: GajiPenjawat Awamskim kontrakskim lantikan tetapSkim Pencen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kempen Beli Produk Muslim Bukan Rasis

Next Post

Jerebu Di Semenanjung Semakin Serius

Related Posts

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

Dua Termasuk Penjawat Awam Direman, Salah Guna Kedudukan Dan Subahat

02/07/2025
0

Alor Setar: Dua individu termasuk seorang penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan dengan mencadangkan dan bersubahat dengan...

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

Next Post

Jerebu Di Semenanjung Semakin Serius

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd