• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabila Razali, Aedy Ashraf Kini Hangat Dilamun Cinta?

oleh
12/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS! Dunia hiburan kini hangat dengan tersebarnya satu foto mesra antara penyanyi cantik, Nabila Razali dengan figura kacak, Aedy Ashraf.

Kemesraan mereka berdua jelas terserlah menerusi gambar dan insta story yang telah dikongsikan sendiri oleh Nabila melalui laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Posting tersebut bagaimana pun telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang terus menerus mempersoalkan mengenai hubungan pasangan ini.

Ewah… Ewah… Mesra nampak. Tengah hangat dilamun cinta ke tu? Huhu…

Susulan perkara itu, pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali telah tampil untuk menjelaskan status hubungannya dengan Aedy atau Mohammed Addy Ashraf Rosmadi.

Menurut Nabila, hubungannya dengan pelakon tersebut hanya sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu.

Pelantun lagu Pematah Hati ini juga berkata, dia masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi Aedy dan akui masih belum bersedia untuk bercinta.

“Kami baru kenal kira-kira sebulan lalu dan masih dalam proses mengenali hati budi.

“Tiada apa-apa hubungan istimewa pun, buat masa ini hanya berkawan, belum sampai tahap bercinta lagi,” katanya dipetik mStar Online.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Mynewshub menerusi Instagram milik Nabila, ruangan komen untuk gambar berkenaan didapati telah ditutup.

Bagi menjawab persoalan berhubung perkara itu, Nabila menjelaskan dia bertindak demikian kerana tidak mahu para peminat bertelagah sesama sendiri dan mengeluarkan kata-kata kesat di laman berkenaan.

“Saya tutup ruang komen kerana tidak mahu peminat bergaduh sesama sendiri sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.

“Bagi saya laman sosial adalah ruangan untuk saya berkongsi mengenai karier dan perjalanan aktiviti harian saya.

“Tak seronok lah pula kalau baca komen-komen negatif sebab laman sosial ini turut digunakan oleh pelbagai lapisan usia,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun ini turut mengakui kematangan Aedy telah membuatkan dia senang berkawan baik dengan jejaka kacak itu.

Mohammed Addy Ashraf Rosmadi atau lebih dikenali dengan Aedy Ashraf.

“Aedy matang, gentleman, periang dan senang diajak berbual. Sejujurnya, buat masa ini saya selesa berkawan dengannya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaru, Matahari Terang Lagi yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Alahai…Kalau betul bercinta pun tak salah kan? Sama cantik, sama padan! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aedy ashrafaedy ashraffnabilanabila razali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Izzue Dimarah Kerana Watak Jahat, Follower Makin Kurang

Next Post

TMJ Ambil Tanggungjawab Atas Kekalahan

Related Posts

Nabila Razali Tutup Komen Gambar Perah Susu Lembu

19/03/2019
0

PENYANYI, Nabila Razali, mengakui menutup ruangan komen akaun Instagramnya, baru-baru ini. Menurutnya, komen pada gambar dia sedang sedang perah susu...

Nabila Razali Akui Sedih Impian Ke AJL Musnah

27/10/2018
0

PENYANYI Nabila Razali tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila lagu nyanyian dia berjudul Pematah Hati gagal tersenarai ke peringkat separuh...

Next Post

TMJ Ambil Tanggungjawab Atas Kekalahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd