Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Samseng Tumbuk Warga...

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun ditangkap selepas menumbuk muka seorang warga emas hingga...

Kisah Wanita Nyaris Dirogol...

Bukan sekali dua kita dengar kejadian serangan ke atas wanita yang berjalan sendirian...

Ambil Insuran Ketika Melancong,...

BAK kata pepatah… Malang tidak berbau.Bermaksud kesusahan dan kemalangan datang tanpa di duga.Namun,...

Curi Jam Omega, Petugas...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri seutas jam tangan jenama Omega milik seorang pelancong,...

Mufti Saudi Kutuk Syiah Iran Sebagai Musuh Islam

JEDDAH – Mufti Tertinggi Arab Saudi, Abdul Aziz Al-Asheikh mengutuk keras kerajaan rejim Syiah Iran dan pemimpin kerohaniannya, Ali Khamenei selain menganggap mereka sebagai musuh kepada agama Islam.

Dalam wawancara menerusi telefon dengan sebuah akhbar tempatan di Makkah, mufti utama kerajaan itu menyifatkan ‘serangan’ kritikan Khamenei terhadap Arab Saudi terutama urusan pengendalian jemaah ibadah haji bukan sesuatu yang memeranjatkan sesiapa pun.

“Kita harus faham mereka (Iran) bukan pun orang Muslim, tetapi sebenarnya pengikut ‘majusi’ (penganut agama Zoroastrian yang sembah api) dan permusuhan mereka terhadap umat Islam bukan perkara baharu kerana musuh utama mereka pengikut Sunni,” katanya.

Abdul Aziz menegaskan bahawa sesiapa yang cuba merosak atau mengganggu usaha Arab Saudi memelihara keamanan dan keselamatan jutaan jemaah haji dari seluruh dunia hakikatnya tidak akan berjaya dalam melaksanakan segala rancangan jahat tersebut.

Umat Islam dari pelbagai negara termasuk negara majoriti penduduknya bukan Islam ujar beliau, masih lagi berasa yakin dan mengiktiraf segala usaha dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dalam memelihara kesucian dua buah masjid Tanah Suci serta urusan ibadah haji.

Pada Isnin lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Naif ketika meninjau latihan perarakan jemaah di Mina bertitah kepada pihak media bahawa baginda menolak segala kritikan pemerintah Iran terhadap pengurusan haji oleh kerajaan Arab Saudi.

“Tiada kredibiliti dalam tuduhan mereka (Iran) malah negara tersebut sebenarnya lebih tahu sepenuhnya bagaimana usaha keras kerajaan Arab Saudi berjaya mengurus dengan cemerlang setiap pergerakan jutaan jemaah haji termasuk dari Iran sendiri,” titah baginda.

Putera tersebut bahkan bertitah bahawa Raja Arab Saudi, Raja Salman sendiri turut bertungkus lumus memastikan layanan perkhidmatan terbaik dari segi keselamatan, keselesaan dan sebagainya terhadap semua jemaah yang turut dianggap sebagai tetamu Allah SWT.

Pakistan-Hajj-Quota

“Pihak haji Iran sebenarnya telah membuat banyak permintaan tidak berasas yang sebenarnya bertentangan dengan peraturan urusan haji termasuk menuntut sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan ramai jemaah dari negara lain pula,” titah Putera Mohammed.


Tindakan Arab Saudi berkeras menolak tuntutan Iran menyebabkan kerajaan Syiah negara Teluk Parsi itu menyekat penghantaran semua 64,000 jemaah Iran untuk musim haji kali ini di samping mempolitikkan pula urusan ibadah Rukun Islam yang kelima tersebut.

Hubungan diplomatik Riyadh-Teheran renggang awal tahun ini susulan tindakan Arab Saudi menghukum mati ulama Syiah terkenal di negara itu, Nimr al-Nimr selain kedua-dua negara menjadi proksi antara pejuang Sunni dan Syiah yang berperang di Yaman dan Syria.

Iran pernah memboikot urusan penghantaran bakal haji dari 1988 hingga 1990 susulan rusuhan ganas oleh puluhan ribu jemaah negara tersebut di Makkah bertempur dengan pasukan keselamatan Arab Saudi yang menyebabkan lebih 400 rakyatnya terbunuh pada 1987.

Situasi itu menyaksikan kekosongan jemaah Iran terpaksa diisi oleh rakyat negara lain khasnya Malaysia yang diketahui mempunyai hubungan akrab dengan pemerintah Arab Saudi sejak sekian lama tetapi hanya mampu menghantar sekitar 30,000 orang setiap musim.

Kuota jemaah haji kemudian mula dilaksanakan pada 2000 hasil inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berpusat di Jeddah untuk mengatasi isu kesesakan dengan berdasarkan kepada nisbah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk beragama Islam di sesebuah negara.

Ini bermakna Indonesia sebagai negara paling ramai umat Islam di dunia boleh menghantar 196,000 jemaah diikuti Pakistan (95,000) dan Mesir (75,000), manakala negara lain pula lebih rendah misalnya Singapura hanya 680 orang sahaja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori