• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monaco ‘Refund’ Harga Tiket Lepas Dibelasah PSG

oleh Haris
17/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA dilihat budaya bola sepak di Eropah, penyokong tegar pasti mengikuti kelab yang diminati ke mana sahaja pasukan itu bermain, tidak kira jauh atau dekat dengan tujuan utamanya memberikan sokongan padu membantu pasukan.

Bagi penyokong kelab Perancis, AS Monaco, perjalanan ke ibu kota Paris bagi menyaksikan pasukan mereka beraksi menentang tuan rumah Paris St. Germain atau PSG nyata menyakitkan apabila AS Monaco dibelasah 7-1.

Lebih memedihkan, AS Monaco yang merupakan juara bertahan liga perancis, Ligue 1, terpaksa menyerahkan mahkota kejuaraan kepada pasukan lawannya itu akibat daripada kekalahan tersebut pada Ahad lalu.

PSG bermula garang dan mendahului 4-0 dalam masa kira-kira 30 minit perlawanan sekali gus menamatkan harapan AS Monaco yang mahu sekurang-kurangnya menangguhkan kejuaraan yang bakal dimenangi PSG.

Ini kerana, sebelum perlawanan, PSG sememangnya unggul mendahului carta kedudukan meninggalkan AS Monaco berada 14 mata di belakang dan misi AS Monaco adalah untuk tidak biar PSG memenangi kejuaraan sewaktu menentang mereka.

Susulan kekalahan memalukan itu, penyokong AS Monaco jelas tidak gembira dengan keadaan tersebut apabila pasukan mereka gagal memberikan saingan kepada PSG dalam perlawanan berkenaan.

Justeru, beberapa jam selepas perlawanan itu berakhir, pihak pengurusan kelab berkenaan telah memutuskan untuk bayar semula harga tiket dibeli setiap penyokong yang bertandang ke stadium Parc des Prince, di Paris itu.

Pengumuman tersebut dibuat di laman Twitter AS Monaco sebagai salah satu cara kelab tersebut meminta maaf kepada penyokong yang telah melakukan perjalanan lebih 950km dari bandar Monaco ke Paris.

L’AS Monaco a pris la décision de rembourser les supporters Rouge et Blanc présents dans la tribune visiteurs ce soir. Les modalités seront communiquées en début de semaine. #PSGASM #PartoutToujours pic.twitter.com/V8vGNyaA3V

— AS Monaco 🇲🇨 (@AS_Monaco) April 15, 2018

“AS Monaco telah mengambil keputusan untuk mengembalikan wang penyokong Putih dan Merah yang hadir ke seksyen penyokong lawan malam ini. Segala maklumat akan diberitahu bermula daripada awal minggu ini,” tulis kelab tersebut di Twitter.

Dalam pada itu, presiden kelab AS Monaco mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada peminat selepas persembahan memalukan tersebut.

“Bagi kami, ia (keputusan perlawanan) merupakan bencana. Orang-orang yang terpaksa menderita menyaksikan perlawanan tersebut adalah penyokong kami.

“Mereka terus-menerus menyokong pasukan dan saya sangat berterima kasih kepada mereka.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan yang membanggakan pada aksi seterusnya,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Dengan membayar balik harga tiket perlawanan tersebut diharap dapat meredakan sedikit kemarahan penyokong AS Monaco yang terpaksa melihat PSG merampas semula kejuaraan yang mereka menangi pada tahun sebelumnya.

Pada perlawanan tersebut, PSG beraksi tanpa dua pemain termahal mereka iaitu bintang Brazil, Neymar yang masih cedera dan Kylian Mbappe, yang tidak boleh bermain kerana dipinjamkan dari AS Monaco.

Kejuaraan terbaharu PSG itu menyaksikan kelab berpangkalan di ibu kota Perancis itu menjulang kejuaraan buat kali ketujuh dalam sejarah kelab tersebut, satu kejuaraan di belakang AS Monaco yang memiliki lapan gelaran Ligue 1. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: AS Monacoligue 1PSG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suami Setia, Isteri 13 Tahun Tinggal Dalam Bekas Kaca

Next Post

Lompat Kawasan Bukti Gagal Tunai Tanggungjawab

Related Posts

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

Real Madrid Tawar RM1.337 Bilion Untuk Mbappe

04/02/2020
0

REAL Madrid sedia berbelanja besar apabila berhasrat membida penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dengan harga £250 juta (RM1.337 bilion), menurut...

Next Post

Lompat Kawasan Bukti Gagal Tunai Tanggungjawab

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd