Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Al-Fatihah: Maznah Hamid Iron...

TAKZIAH... Datuk Wira Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai Iron Lady menghembuskan nafas...

Akim Ahmad Sahkan Stacy...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi terkenal Stacy yang kini dilaporkan sedang hamil anak pertama. Berita...

Kemalangan Pelajar Tahfiz: Pemandu...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di...

Plot Kubur Untuk Penyokong...

Sao Paulo - Peminat sebuah pasukan bola sepak terkemuka di Brazil kini boleh...

Mohamaddin Ketapi Tak Bimbang Hilang Jawatan Menteri

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, tidak bimbang digugurkan sekiranya berlaku rombakan Kabinet.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Lahad Datu menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan masa depannya.

“Saya yakin akan dikekalkan oleh Perdana Menteri dan langsung tidak bimbang jika ada dalam senarai digugurkan.

“Jika diminta bekerja, saya akan melakukannya, begitu juga jika diarahkan meletak jawatan, saya tiada masalah berbuat demikian,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan kempen melekatkan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM 2020) pada kenderaan anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Maszlee Malik mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat hari ini.


Maszlee berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Dr. Mahathir pada pertemuan sebelum itu.

Mengenai laporan media kononnya, beliau antara menteri berprestasi rendah, Mohamaddin berkata soalan itu sepatutnya ditujukan kepada Perdana Menteri.

Katanya, petunjuk prestasi utama (KPI) kementeriannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu melebihi 90 peratus.

“Saya akan menumpukan kepada TMM 2020 tanpa perlu memikirkan rombakan Kabinet,” katanya. – BH Online

Kategori