Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tokoh Ulama Negara Tuan...

SIK - Seorang daripada tokoh ulama di negara ini, Salleh Musa, atau lebih...

Pahang Catat 574 Mangsa...

KUANTAN: Seramai 574 mangsa banjir daripada 174 keluarga di negeri ini berada di...

Pecat Khalid: Wan Azizah,...

PETALING JAYA - Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...

Sarawak Mahu Membangunkan Semua...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan...

MOA ‘Auta’ Konon Dapat Dana Bajet Besar?

KANTOI… Hari ini ketika sebahagian rakyat Malaysia bercuti sempena perayaan Deepavali, kita dikejutkan dengan kenyataan pelik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Apa tidaknya, agensi berita rasmi Bernama melaporkan kenyataan kementerian tersebut yang berbangga apabila konon dapat peruntukan ‘memberangsangkan’ dalam Belanjawan 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

MOA menerusi kenyataan media yang boleh dianggap sebagai syok sendiri itu melaporkan ia terima peningkatan peruntukan dana sebanyak RM4.417 bilion bagi dibelanjakan pihak kementerian tersebut sepanjang tahun depan.

Bagi yang tidak tahu hujung pangkal cerita ini, mungkin teruja dengan komitmen kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dalam usaha bantu golongan petani, nelayan, penternak dan pesawah berbanding era Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, bagi yang jenis teliti, kenyataan aneh MOA itu sebenarnya terpaksa dikeluarkan ekoran kritikan tajam bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sindir Belanjawan 2019 pinggir golongan berkenaan.

Maklumlah, beliau sendiri yang pernah jadi menteri kewangan sejak 2008, lebih arif mengenai isu bajet tersebut dan terkejut apabila dapati pentadbiran PH sengaja mengurangkan peruntukan kepada MOA bagi operasi 2019.

Untuk rekod, ketika Najib membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2017 lalu, beliau menyediakan dana sehingga RM6.5 bilion, iaitu peruntukan terbesar dalam sejarah untuk bantu komuniti tani.

Baca: Bajet Besar Tapi Dana Dari Mana? Doraemon!

Ini termasuk RM2.3 bilion bagi insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan selain hampir RM500 juta bagi tambah baik infrastruktur pengairan dan naik taraf jalan ladang;

Tidak dilupa, RM200 juta bagi program penanaman semula getah dan menyediakan kemudahan prasarana dengan meningkatkan pengeluaran latex berbanding cup lump, sekali gus meningkatkan pendapatan para pekebun kecil.


Juga tidak ketinggalan hampir RM140 juta bagi program penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi serta RM200 juta untuk inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya penanaman jagung bijian, kelapa dan durian.

Bahkan Najib mengekalkan bantuan sara hidup kepada penoreh getah dan nelayan termasuk buat pertama kali, dana RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian padi kepada semua pesawah padi.

Malangnya, pengganti beliau, Lim Guan Eng pula bertindak kejam potong separuh subsidi baja padi daripada RM465 juta kepada hanya RM232.5 juta, selain insentif tuaian padi daripsda RM563 juta kepada RM281.5 juta.

Lebih dahsyat, Setiausaha Agung DAP itu cantas elaun sara hidup dan insentif tangkapan nelayan daripada RM262 juta kepada cuma RM98.5 juta, sekitar 70% manakala subsidi baja padi bukit dipotong 100%, daripada RM70 juta.

Paling zalim, elaun sara hidup nelayan darat turut dipotong Guan Eng daripada RM12.5 juta kepada hanya RM3.5 juta, sekitar 70%. Apakah ini pihak MOA boleh pula sifatkan sebagai bajet yang memberangsangkan mereka?

Tidak hairanlah Najib menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook beliau hari ini menyelar PH dan secara sinis berkata, mungkin penduduk luar bandar, sektor tani tidak lagi penting pada Malaysia Baharu! – Mynewshub.TV

Kategori