• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mimbar Masjid Kariah Nerasau Hampiri Usia 200 Tahun

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Keunikan mimbar Masjid Kariah Nerasau di sini, yang kini mendekati usia 200 tahun, membuktikan keunggulan agama Islam di negara ini terpelihara sejak sekian lama.

Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Harleny Abd Arif berkata, mimbar yang diukir oleh Baba Husin dari Jepara, Jawa Tengah, Indonesia itu mempunyai inskripsi lengkap, iaitu berbeza dengan mimbar lain dalam kajiannya sebelum ini.

Beliau berkata, inskripsi lengkap itu mengesahkan usia sebenar sesebuah mimbar dan setakat ini menerusi kajian terhadap sejumlah mimbar tertua dalam negara, mimbar di Masjid Kariah Nerasau dan Masjid Kariah Kampung Selemak dekat sini, mempunyai inskripsi lengkap.

Jelasnya, mimbar Masjid Kariah Nerasau itu berusia 183 tahun manakala Masjid Kariah Kampung Selemak pula berusia 177 tahun, dan berdasarkan maklumat daripada inskripsi, kedua-dua mimbar itu diukir oleh individu yang sama.

“Daripada kebanyakan mimbar yang saya kaji di masjid-masjid lama dalam negara, setakat ini hanya mimbar di Masjid Kariah Nerasau yang mempunyai inskripsi paling lengkap iaitu terdapat waktu, hari bulan beserta tahun hijrah, nama dan tempat kelahiran pengukir seperti yang tertera pada panel gunungan mimbar itu,” katanya kepada Bernama.

Memperincikan kesenian mimbar berkenaan, beliau berkata, seni khat pada inskripsi gunungan mimbar Masjid Kariah Nerasau itu mendekati seni khat Nasakh, dan gaya seni itu ditampilkan dalam versi Jawi yang disusun secara bertindan.

Terjemahan inskripsi itu dalam versi rumi adalah: “Hijrah Nabi SAW sanah 1,254 iaitu tahun di antara hari bulan Jamadil Akhir hari Isnin waktu Dhuha maka adalah Tuan Haji Jalil Abdul Rahman ia memelihara Masjid An Nur. Tukangnya orang Jawa nama Baba Husin Jepara Barongan,” katanya.

Masjid Kariah Nerasau adalah antara masjid tertua di Negeri Sembilan dibina secara bergotong-royong oleh masyarakat setempat diasaskan oleh Abdul Jalil Abdul Rahman. 

Meskipun masjid itu dibuat penambahbaikan bersesuaian dengan pertambahan penduduk di kawasan itu, namun keaslian ruang dalam binaannya seperti ruang mihrab serta mimbar tertua itu masih utuh berdiri, digunakan lebih 10 imam di masjid berkenaan.

Harleny berkata, panel ukiran mimbar Masjid Kariah Nerasau dengan ketinggian mencecah tiga meter, menampilkan ragam hias (corak) jenis mekar sejunjung pada bahagian panel gunungan dengan aplikasi teknik ukiran tebuk tembus bersilat dan tebuk timbul bersilat.

Beliau menjelaskan maksud ragam hias dalam konteks reka bentuk mimbar mencakupi corak (pengulangan motif) pada keseluruhan permukaan mimbar atau panel tertentu pada bahagian mimbar.

“Ragam hias itu menampilkan komponen bunga mahkota, bunga dan daun yang melatari panel gunungan mimbar. Komponen utama adalah bunga mahkota bermotifkan bunga teratai yang diolah dalam tiga kelopak dari pandangan sisi,” katanya.

Jelasnya, selain motif bunga teratai, mimbar itu turut mempamerkan motif bunga ketumbit yang disusun secara berulang.

Bagi mimbar Masjid Selemak pula, Harleny menyifatkan ia adalah mimbar adik-beradik dengan mimbar Masjid Kariah Nerasau, yang hanya berselisih usia enam tahun, kerana diukir oleh pengukir yang sama.

Sementara itu, Imam Masjid Kariah Nerasau, Mohamad Yusof Hashim berkata, masjid itu adalah tumpuan penduduk di Kampung Solok Bangkung, Kampung Ampangan Penajih, Kampung Relung, Kampung Nerasau dan Kampung Chenong yang boleh memuatkan 300 jemaah.

Mohamad Yusof, 64, berkata, beliau yang berkhidmat sebagai imam di masjid itu lebih 10 tahun sangat mengagumi hasil seni ukiran mimbar dan masjid itu yang masih kekal utuh walaupun sudah berusia ratusan tahun. – BERNAMA

Tags: agama islamMasjid Kariah Nerasaumimbar masjid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19 Mungkin Merebak Ke Manusia Daripada Kelawar – WHO

Next Post

Kelantan Catat Rt Kes COVID-19 Tertinggi

Related Posts

Bila Rasullah Sayang Seseorang

22/11/2021
0

1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik dan bukannya mendedahkan kepada mereka perkara...

Hukum Berjenaka Lucah Dan Lawak Tentang Rogol

07/11/2021
0

Sudah semestinya ia bukan sesuatu yang elok untuk dilakukan.

Next Post

Kelantan Catat Rt Kes COVID-19 Tertinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd